Kebahagiaan Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Khamis, 29 Disember 2011

3rd Birthday Nur Aina Annisa





Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan Nur Aina Annisa..
Allah selamatkan kamu..

Tanggal hari ini 29 Disember 2011, genaplah umur anak keduaku Nur Aina Annisa yang ke 3 tahun. Alhamdulillah.. Dah semakin membesar anak ummi.. Semoga menjadi anak yang solehah dan berguna di dunia dan Akhirat.. Amin.. Tiada apa yang ayah dan ummi boleh berikan selain daripada kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepadamu dan juga abang dan adikmu. 

Pagi ni awal lagi ummi bangun masak nak buat 'pot luck' sikit untuk jamuan ringan sempena birthday nisa kat taska.. Kat opis ayah pun ada jamuan untuk staf CFS.. So, ummi combine sekali la.. mudah, cepat dan kenyang.. BURPP!! Ummi buat serawa durian dan cheezy wedges.. Ikhlas untuk ayah, nisa, cikgu2 dan kawan2 cilik anak ummi.. 

Hadiah?? Nak bagi hadiah ape yer?? Dengar2 ayah dah pesan beg angry bird untuk nisa dan along kat kawan ayah semalam.. Untuk adik syifa?? Adik kecik lagi.. nanti ayah dan ummi beli benda lain spesel untuk adik k! Almaklumlah sekarang ni kan musim angry bird.. asyik buat dosa kering je la burung tu, xpenahnye senyum.. yela, angry bird la katekan.. kena marah je lah.. huhu.. So, tunggulah petang ni yer.. Makin semangatla anak2 ummi ke sekolah lepas ni dengan beg baru :) Lepas ni pagi2 ummi dan ayah tak nak dengar nangis2 mase suruh mandi lagi ok.. 

Buat anak2 ummi.. ummi sayang kalian dunia dan Akhirat.. Semoga kalian membesar dan menjadi insan yang taat kepada suruhanNya, berguna dan cemerlang kepada ibu bapa, agama, bangsa dan negara.. Amin.. 



Nisa dan Along.. Awat muke nisa cam x puas hati jer tu.. :( 
Pasai muke camnila uncle kedai darussalam tu suke nyakat nisa.. huhu..

Nisa dan adik syifa.. Sayang sangat adik dia.. Camnila ummi suke :) Jage adik elok2 yer..








Isnin, 12 Disember 2011

jadual pembayaran gaji bulanan bagi tahun 2012

Khas untuk kakitangan awam macam saya dan encik suami.. Jabatan Akauntan Negara telah mengeluarkan Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2012. Bolehlah rujuk Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 6 Tahun 2012 tentang Tarikh dan Peraturan Pembayaran Gaji Tahun 2012.. :)


Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2012




Bulan
Tarikh
Hari
Catatan
Januari
16.01.2012
Isnin
Tahun Baru Cina 23 & 24.01.2012
Februari
23.02.2012
Khamis

Mac
22.03.2012
Khamis

April
25.04.2012
Rabu

Mei
23.05.2012
Rabu
Pesta Menuai 30 & 31.05.2012
Jun
25.06.2012
Isnin
Hari Gawai 01 & 02.06.2012
Julai
25.07.2012
Rabu

Ogos
13.08.2012
Isnin
Hari Raya Puasa 19 & 20.08.2012
September
25.09.2012
Selasa

Oktober
22.10.2012
Isnin
Hari Raya Haji 26.10.2012
November
06.11.2012
Selasa
Deepavali 13.11.2012
Disember
18.12.2012
Selasa
Hari Krismas 25.12.2012

Macam saya.. Yang mane kena bulan gaji awal dan jenuh nak tunggu untuk bulan depan tu bolehlah stand by siap2 macam pampers dan susu anak2 buat stok kat umah.. Bukan ape, buat2nye abis tengah2 kureng RM kan susah.. ;) 

Khamis, 8 Disember 2011

Jangkitan Telinga

Hari ni bawa nisa pegi jumpa pakar ENT kat Hospital Putrajaya. Dah 2 minggu telinga nisa bernanah sampai berbau. Sebenarnya nisa dah mengalami telinga bernanah ni sejak umur 6 bulan lagi, sekarang dah 3 tahun. Lame kan.. Tapi penyakit ni on off sebab kalau hidung nisa selsema berpanjangan dan demam, mesti telinga dia akan jadi camtu.. Sian kan.. Ingat lagi mase kecik2 dulu, nisa cukup anti dengan doktor ENT ni, tambah2 time doktor tu nak teropong ngan kamera n nak sedut nanah dalam lubang telinga dia .. Meronta2 sampai jenuh ummi ngan ayah pegang.. Menangis xyah cakapla.. bergema dalam bilik doktor tu cam kena dera je bunyinyer.. nisa..nisa.. Tapi sejak dah besar ni, macam tadi.. masuk je bilik doktor, terus dia stand by duduk atas kerusi dan cam xsabar2 suruh doktor tu teropong telinga dia.. Lorrr... suke pulak?? Yela, dari umur dia baby lagi smpai dah besar sekarang selalu sangat jumpe doktor, bile tanya dah besar nak jadi ape, mesti jawapannya "Ica nak jadi doktor".. InsyaAllah.. Itulah gelagat anak ke-2 saya, Nur Aina Annisa binti Mohd Yusarizman.. Selesai sume, doktor bagi ubat titis telinga Sofradex, ubat sembur kat dalam hidung dan ubat air (makan) untuk selsema.. Kita cuba ye nisa..

Kat sini saya ada copy paste kat infosihat (Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia) pasal jangkitan telinga untuk perkongsian bersama..

JANGKITAN TELINGA

Pengenalan 
Jangkitan telinga adalah masalah kesihatan yang kerap dihidapi oleh kanak-kanak. Ianya menyebabkan gangguan tidur dan pemakanan kanak-kanak. Mereka mungkin akan sentiasa menangis tanpa diketahui sebabnya. Kebanyakan kanak-kanak mendapat sekurang-kurangnya 1 jangkitan telinga sebelum berusia 2 tahun.

Apakah perbezaan jenis jangkitan telinga ?
Ada 2 jenis jangkitan telinga:
  • Otitis media adalah jangkitan telinga yang berlaku apabila virus, bacteria atau kulat menyerang tiub eustachian (saluran yang menghubung sinus dibelakang hidung ke telinga tengah)
Acute otitis mediaOtitis media
  • Otitis externa ialah jangkitan telinga yang berlaku di saluran telinga luar.
Otitis externa Otitis externa


Apakah faktor seseorang itu cenderung mendapat jangkitan telinga ?
  • Jangkitan disaluran pernafasan yang berulang-ulang
  • Adik beradik yang dijaga di pusat harian.
  • Bayi yang diberi susu botol
  • Terdedah kepada asap rokok
  • Pembesaran adenoids
  • Sumbing bibir
  • Alahan menyebabkan kanak-kanak lebih terdedah kepada jangkitan telinga
Bagaimanakah kita mengetahui kanak-kanak mendapat jangkitan telinga?

Kebiasaan kanak-kanak akan mendapat jangkitan telinga selepas mendapat selesema atau jangkitan di salur pernafasan. Tanda-tanda biasa ialah:
  • Kesakitan dalam telinga
  • Resah dan mudah meradang
  • Tidur yang selalu terganggu
  • Selalu merentap dan menarik cuping telinga
  • Nanah keluar dari telinga
  • Kurang selera makan
  • Lelehan hidung
  • Selalu menangis sebelah malam semasa tidur
  • Kurang terangsang dengan bunyi yang perlahan
Apakah tanda-tanda yang dicari oleh doktor apabila pesakit disyaki menghidap jangkitan telinga?
Mengalami demam panas, tekak yang merah dan meradang dan mengalami lelehan hidung.
Semasa pemeriksaan telinga, saluran telinga nampak merah dan selaput tympanic bengkak dan ada-kalanya bernanah.

Apakah komplikasi yang akan timbul akibat jangkitan telinga?

Kebanyakkan kanak-kanak akan sembuh sepenuhnya tetapi sebahagiannya mungkin akan mengalami :
  • Telinga bernanah yang kronik
  • Kurang pendengaran
  • Lembap dalam pembelajaran terutama jika rawatan yang diberikan lewat atau tidak sempurna.
Bagaimanakah rawatan jangkitan telinga? 
Dapatkan nasihat dan rawatan awal dari doktor jika terdapat tanda-tanda jangkitan telinga.
Jika jangkitan telah dikenalpasti, rawatanya adalah:
  • Ubat mencairkan kahak (samada secara topical or sistemik)
  • Ubat demam
  • Antibiotik diberi jika jangkitan disebabkan oleh bakteria
  • Ubat titis telinga jika nanah keluar dari telinga.
  • Gunakan teknik ‘ear weaking’ untuk mengeringkan nanah dalam telinga
Jangkitan telinga yang berulang-ulang:
  • Mungkin disebabkan oleh alahan dan harus dirawat mengikut puncanya.
  • Lakukan ujian pendengaran dan pergerakan gegendang telinga pada satu ketika kemudian
Adakah terdapat langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah jangkitan telinga?
Ya, langkah yang baik ialah :
1. Susukan bayi anda dengan susu ibu.
2. Jauhkan anak anda dari mereka yang mengalami batuk dan selesema bagi mengelakkan jangkitan.
3. Ajar anak anda supaya selalu mencuci tangan dengan bersih.
4. Elakkan dari menyentuh mata dan hidung.
5. Elak :-
    • Terdedah kepada asap rokok
    • Penggunaan puting
    • Penyusuan susu botol semasa baring
    • Alahan yang diketahui
Selalu ingat “Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan”

Apakah kesan dalam jangka masa panjang?
Kebanyakan kanak-kanak tidak mengalami komplikasi untuk jangka masa panjang. Kanak-kanak yang semakin membesar akan mempunyai tiub eustachian yang berfungsi dengan lebih baik, jangkitan batuk, selesema dan telinga juga akan berkurangan.

Lagi cerita pasal jangkitan telinga annisa :-
Jangkitan Telinga lagi