Kebahagiaan Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Isnin, 31 Disember 2012

Selamat Datang 2013

Selamat Tinggal 2012..

Selamat Datang 2013..

" Ya Allah..
Jadikanlah aku semakin dekat denganMu, lapangkanlah dadaku, murahkanlah rezekiku, permudahkanlah segala urusanku dan jadikanlah aku insan yang tabah dalam mengharungi setiap dugaan dan cabaran sepanjang tahun baru ini Ya Allah. "

Doa Hilangkan Stress (Tekanan)


Nota : Sabarlah duhai hati...

Aiman dah Darjah 1 :)

29 Disember 2012

Hari Pendaftaran Darjah 1/2013 Muhammad Ainul Aiman bin Mohd Yusarizman.

Anak ummi dah darjah 1?? Macam tak percaya je anak dah sekolah :)

Seronok tengok aiman dah sekolah. Macam nak nangis pun ade, bukan nangis sedih yer, tapi nangis sebab terharu anak yang dilahirkan 6 tahun lebih yang lalu telah membesar dan dah nak masuk sekolah.. Alhamdulillah dan terima kasih Tuhan kerana memberi kesempatan kepada hambaMu untuk terus melihat anak2 membesar sehingga ke saat ini.

Saya Muhammad Ainul Aiman bin Mohd Yusarizman

Gambar berukuran pasport dibawa pada hari pendaftaran

4th Birthday Nur Aina Annisa

29 Disember 2012

Genaplah umur anak ke-2 saya, Nur Aina Annisa binti Mohd Yusarizman yang ke 4 tahun.

Ummi doakan yang terbaik untuk anak ummi dan semoga kakak menjadi insan yang berguna dan solehah dunia dan akhirat, Amin..

Maaf ummi tak sempat nak celebrate sebab tarikh hari lahir kakak sama dengan hari pendaftaran sekolah along. Ummi n ayah cuma dapat belikan kakak KFC dengan donut pink kat Dunkin Donut jer sebab kakak x berapa suka kek. Cuti nanti ummi masak sedap2 untuk kakak dan panggil maktok, maklang, maksu dan semua family kita celebrate belated birthday kakak ok :) 


Sayang kakak..

Rabu, 26 Disember 2012

Al-Fatihah

Innalillahiwainnailaihiroji'un..

Dimaklumkan bahawa abang ipar saya, Zaini bin Poniam telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat, 21 Disember 2012 jam 2.30 petang dan telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Labohan Dagang, Banting, Selangor sebelum maghrib pada hari yang sama. Semoga roh allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. 

Al-Fatihah.

Selasa, 18 Disember 2012

Tension! Tension! Tension!


Pagi2 dah buat orang tension..
Tension! Tension! Tension!

Kenapela "makhluk" itu wujud kat sini?? 
Nak mention ke sape dia?? 
Ish!! xperlu3x.. 

Tapi yang pastinya saya memang sakit hati sangat ngan "makhluk" ni!!
Emosional, cakap ikut sedap mulut xpikir hati orang, macam bagus!! Lagi aper?? Ape2 je perangai yang buat orang menyampah sume ada kat "makhluk" ni.. 

Eeeeee............ geram.. geram.. geram..

Isnin, 3 Disember 2012

K.U.T.U. Oh K.U.T.U !!!

Arini saya nak sambung balik topik 'Akhirnya!!!' saye yang lepas. Nak sangat kongsi ngan kawan2 yang sudi jengah blog saya yang x seberape ni.. 

Kenal x menatang ni?? 


Sekor

Lebih dari sekor.. eeeee.. geli tengok!!

Nama menatang ni adalah K.U.T.U.. Bukan kutu rayau yang kat jalan tu taw. Tapi KUTU RAMBUT yang merayau  di atas kepala kita. Menci menci menci! I hate kutu!! Baru tulis pon dah rase gatal. Tengok, betapa hebatnya kuasa kutu.. Garu jap!!

Alkisahnye bermula pada satu hari..

Anak saye nisa sibuk kata kepala dia gatal.. Gatal?? Meh jelajah.. Sambil2 sikat tu, saya selak2 la rambut dia kot2 ade tersesat menatang kat atas tu kan. Selak punye selak rupe2nye ada ko! Terus pandang muka adiknya syifa, selak pulak rambut syifa. Ade jugak!!! OMG!! Kutu rambut yang maha gatal tu telah menyerang kepala anak2ku yang datang entah dari mane ntah (dari taska la tu..confirm!!)

Ape lagi, sepantas kilat saye ajak cekMan gi farmasi cari ubat kutu dan dapatlah ubat yang mula2 ni..


Tapi xjalan jugak.. Lepas2 beli tu terus saye tonyoh kepala anak2 ngan syampu ni. Sampai menggigil budak2 menahan sejuk sementara nak tunggu 10 minit syampu tu baru boleh basuh. Mane x menggigil, malam tu beli, malam tu gak terus servis ok.. Amekla korang, sape suruh bawak balik kutu tu ke rumah. Kesian.. Tapi 2,3 hari pastu diorang bawak balik semula tentera kutu tu ke rumah.. Sakit ati mak taw!!

Pastu saye try telek blog2 orang kat internet kot2 dapat ubat kutu yang lagi hebat dari syampu antilice ni.. Ade!! Ni ha..


Siap ade sikat lagi ko.. iloikeeee.. Tapi telah setiap pelusuk farmasi dari Watson ke Guardian hinggalah ke farmasi biasa2 hatta ke klinik sekalipun tetap tidak kutemui jugak.. Grrrr!!! Frusttt sangat2 !!! 

Last2 saye dapat ubat ni.. Rupenye beli di klinik dekat je ngan umah..


Nama ubat ni Scaboma Lotion. Ubat ni boleh juga digunakan untuk menghapuskan  penyakit kudis buta. Cara penggunaan untuk kutu rambut, saya  lumurkan lotion ni ke keseluruhan rambut dan kepala hingga rata dan biarkan selama 6-8 jam. Macam kita pakai minyak rambut jer.. Seeloknya pakai mase nak tido malam. Esok pagi2 syampula rambut korang dengan syampu biasa. Jangan risau, lotion ni xbusuk macam syampu antilice kat atas tu taw. Bau dia wangi macam lotion yang biasa kita pakai kat tangan tu jer..

Tapi Scaboma Lotion ni hanya sesuai digunakan untuk orang yang mempunyai berat badan bawah 50kg sahaja. Tidak sesuai untuk bayi dan bayi pramatang. Bayi pramatang ada kutu ker? Kompius jap.. X pastila kenapa syarat2nya camtu. Dah pakar dia kate gitu, kite ikut je la..

Tapi saye dah cuba Scaboma Lotion ni pada kepala anak2 saye hatta kepala saye sendiri pon dan hasilnya amatlah memberangsangkan. Saye boleh pakai sebab berat baru 47kg yer.. (perlukecakap??) Hihi!! Sape2 yang ade masalah kutu rambut bolehla cuba Scaboma Lotion ni. Dapatkannye di farmasi2 dan klinik2 berhampiran dengan anda. Promote jangan x promote..

P/S : Katakan tidak kepada K.U.T.U. !!!!

Sekian dimaklumkan..