Kebahagiaan Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Ahad, 14 Ogos 2016

Winter Jacket (Women) Preloved MURAH

Assalamualaikum.. Ade sesiapa sedang tercari2 winter jacket (women) x kat sini? Saya ada nak letgo winter jacket preloved ni.. Harga RM200 + postage RM20. Jgn risau boleh nego lagi harga tu.. Saya pakai sekali je. Pastu sampai sekarang kesian dia dok sorang2 dalam almari.. Condition cantik lagi sbb x melasak pun.. hehehe! Kalau berminat bolehla call/sms/wassap saya di 0162531724.. Saya setia menanti fast buyer 😊😊😊

Ahad, 5 Jun 2016

Salam perkenalan dari Adlan 😊

Assalamualaikum semua, Setelah sekian lama blog ini menyepi, diperkenalkan putera baru dalam keluarga kami Muhammad Ainul Adlan bin Mohd Yusarizman.. Syukur alhamdulillah, Adlan selamat dilahirkan pada 7 Mei 2016, jam 6.08 pagi, berat 3.33kg di Hospital Putrajaya.
Ummi ayah doakan semoga Adlan membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia dan akhirat.. Aamiin...

Isnin, 15 Jun 2015

Wajahku Wajahmu jua

Teringat kisah malam tadi pabila anakku Aiman tiba-tiba menangis terisak-isak ketika nak tidur. Terkejut aku dibuatnya kenapa la aiman ni tiba2 menangis tengah2 malam ni? Bila aku tanyakan kenapa, makin kuat pula esakan dia.. Hai anak.. Apabila aku lihat dia dah ok sikit baru aku tanyakan lagi, “Kenapa along menangis?”.. Jawapannya “Along sayang ummi, along rindu ummi..tapi nanti bila ummi dah tua.. ummi dah meninggal.. along tak dapat tengok muka ummi dah..” Kemudian dia sambung balik menangis.. Ya Allah.. xsemena-mena hati aku terasa sebak dan hampir gugur juga airmata ni tapi kutahankan agar x menitis dihadapannya.. Aku pujuk minta dia baca doa tidur dan terus tidur sebab esok nak ke sekolah.. Aku dengar di baca doa tidur pun penuh dengan esakan yang tak henti2.. Sebenarnya pucuk pangkalnya macam ni ceritanya.. Malam tadi Aiman ada menggodek gambar kat galeri telefon aku dan terjumpa la gambar ni..
Khusyuk aku tengok dia baca mesej kat bawah gambar tu. Aku ingat dia ada tanya aku ‘wajah’ tu ape? Aku kate Muka.. ‘iras’ tu ape? Aku kate Serupa.. Pastu dia tanya lagi apa maksud mesej ni.. Aku bagitau dia “Allah jadikan wajah anak-anak ummi lebih kurang sama dengan wajah ummi dan ayah sebab andainya satu hari nanti ummi dan ayah dah takde, dah meninggal dunia, kalau anak-anak ummi rindu dengan ayah dan ummi bolehla tengok muka sendiri sebab wajah ummi dan ayah ada dalam wajah anak-anak ummi..” Aku tak sangka dia ambik serius betul pasal ‘mesej’ tu dan berfikir sampai terbawa-bawa masa nak tidur.. Semoga anak-anak ummi sentiasa diberkati dan dilindungi Allah Taala.. Aiman, Annisa dan Assyifa.. Membesarlah kamu duhai anak dengan menjadi anak yang soleh solehah dan membanggakan ummi dan ayah dunia dan akhirat.. Amin.. Ummi dan ayah amat menyayangi kalian..

Rabu, 8 April 2015

Doa Isteri Solehah


Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihanMu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi ya Allah… Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaannya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan Mu
Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah

Hanya pada Mu Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi A’lamin…….

Jumaat, 30 Januari 2015

Annisa darjah 1


Segalanya pada 12 Januari 2015 (Isnin) at SKPP 11(1). Nur Aina Annisa telah memasuki alam persekolahan darjah 1. Alhamdulillah...

Biarlah hanya gambar yang berbicara :)





  

Khamis, 30 Oktober 2014

Rumahku di pecah masuk Sang Pencuri



Nak bagitaw korang, semalam umah aku kena masuk dengan sang pencuri. Alkisahnya semalam dalam kol 12.30 aku balik umah nak anta makanan sebelum ambik aiman kat sekolah. Sampai2 depan umah aku tengok grill umah aku terbuka tanpa mangga "solex" ngan tombol pintu kayu cam ade kesan cungkil. Nak puaskan hati, aku call anak sedara aku, Ekin, tanye dia kot2 sebelum dia kuar keje lupa nak kunci pintu ke. Tapi katenye dia kunci mangga sume. Tipon lak CekMan yg tengah outstation kat kedah cakap pasal hal tu, dia soh aku call polis. Nak masuk aku takut.. aku pegi cari sorang kakak yang dok seblok ngan aku temankan.. Masuk2 umah, memang kompom umah aku dah kena masuk pencuri.. Bilik aku dah macam tongkang pecah dibuatnye.   Last2 aku call talian 999 buat aduan pasal hal tu. Tak lame tu 2 orang polis datang umah dan lepas check2 ape yang xde, laptop acer, kamera nikon, kamera yang dah rosak (samsung), handphone nokia aiman n duit tabung aiman dalam rm100 gak abis sume sang pencuri ni kebas. Sampai ati ko wahai sang pencuri, laptop tu aku baru abis instalment bulan 7 aritu, 3 tahun ko taw x?? Duit tabung anak aku pun abis ko sapu.. sedih anak aku sebab tu duit baki sekolah dia hari2 simpan ko main ambik je.. X berkatla hidup ko.. Walaupun kerugian xsebesar mane, tapi aku nak dapat barang2 tu bukannye senang. Puas aku kumpul duit baru dapat satu2 barang.. Ko senang2 je ambik kan.. Yang handle kes aku Inspektor 'F', dia kate drpd maklumat org awam, diorang ade nampak sorang lelaki india menyorok dalam semak. Ada gak sorang polis ni kate mase dia ronda kat area umah aku dia nampak sebuah kereta spectra hitam bawak laju dalam keadaan mencurigakan, xlame tu dapat call kes pecah rumah aku. Alhamdulillah repot sume dah selesai, skang ni tunggu je polis call. Sume barang2 aku polis ambik no. siri sebab style aku kalo beli barang, kotak tu memang aku simpan sampai sudah.. Kalo ade rezki dapat balik barang tu, polis akan serahkan.. inshaAllah.. Buat pengetahuan korang, polis cakap kunci mangga "solex" x selamat digunakan. Lebih elok kalo pakai mangga yg warna gold tu.. Semalam gak beli sebab mangga solex aku pon sang pencuri tu bawak lari buat koleksi. Dan malam tadi jugakla aku ngan ekin bertukang pasang engsel dalam umah. Harap2 kejadian macam ni xberlaku dimasa akan datang..