Kebahagiaan Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Selasa, 29 April 2014

Assalamualaikum Opiz Baru

Assalamualaikum,

Lama jugak aku menyepi kan?? Semenjak 2 menjak ni otak aku macam xleh pikir nak cite ape dalam blog ni. Nak mule dari mane pun aku tak taw. Kadang2 penah gak terpikir ade ke org nak baca?? Suke ke meluat ke org?? Huhu!! Blur sungguh.

Sebenarnya aku dah bertukar jabatan 3.3.2014 aritu.. Nama pejabat baru aku dot..dot..dot.. (biarlah rahsia). Pertukaran ni pon atas kerelaan aku sendiri sebab dah 9 tahun aku berkhidmat di pejabat lama, nak jugak rasa keje, suasana dan kawan2 baru. 

Pada mulanya aku agak kekok sebab sebelum ni kitorang x ramai, hanya ber7 dalam 1 bilik dan 6 daripadanya semua perempuan. Tempat sekarang ni ruangan besar dan lebih dari 1 unit duduk dalam ruangan yang sama. Orangnya pun makin ramai.. Bagi orang mcm aku yg agak pendiam memang memakan masa yg lama utk boleh 'JoiN' dengan suasana baru ni. Mungkin orang akan anggap aku ni sombong atau xbercampur dgn orang.. Itu pendapat masing2 kan, kita tak boleh nak paksa semua orang suka dekat kita.. Hakikatnya aku seorang yang boleh dibuat kawan sebenarnya. Tak kenal maka x cinta tak? Mula2 dulu pernah gak terdetik sampai nak berenti keje sbab rase macam xleh terima dengan environment baru. Tido malam setiap 1 jam sekali mesti terjaga bagai di set2 alarm jam (padahal memang otomatik terjaga) sebab trauma nak gi keje.. Mengadu kat mak ayah, adik beradik, suami dan kadang2 anak2 aku yang masih kecil tu pun boleh jadi tempat aku meluah rasa. Semangat aku hilang melayang ntah ke mane.. Padahal kerja baru ni xde la susah, boss pun setakat ni alhamdulillah (mungkin belum masanya kot).. Tapi bila pikir panjang, kat luar sana berlambak orang nak keje, yang aku ni dah ade keje suke2 nak berenti pastu angan2 nak jadi pengasuh kat umah jer.. Ya Allah, napela pendek sangat akal aku sampai terpikir macam tu.. Skang ni aku tak boleh pandang ke belakang lagi.. Life must be go on :)

Buat seluruh warga kompetensi, thanks 4 everything. Semoga ikatan silaturrahim kita berkekalan selamanya. Love u all!!

Anyway, BesT WisHeS 4 MYSELF.. :)