Kebahagiaan Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Isnin, 15 Jun 2015

Wajahku Wajahmu jua

Teringat kisah malam tadi pabila anakku Aiman tiba-tiba menangis terisak-isak ketika nak tidur. Terkejut aku dibuatnya kenapa la aiman ni tiba2 menangis tengah2 malam ni? Bila aku tanyakan kenapa, makin kuat pula esakan dia.. Hai anak.. Apabila aku lihat dia dah ok sikit baru aku tanyakan lagi, “Kenapa along menangis?”.. Jawapannya “Along sayang ummi, along rindu ummi..tapi nanti bila ummi dah tua.. ummi dah meninggal.. along tak dapat tengok muka ummi dah..” Kemudian dia sambung balik menangis.. Ya Allah.. xsemena-mena hati aku terasa sebak dan hampir gugur juga airmata ni tapi kutahankan agar x menitis dihadapannya.. Aku pujuk minta dia baca doa tidur dan terus tidur sebab esok nak ke sekolah.. Aku dengar di baca doa tidur pun penuh dengan esakan yang tak henti2.. Sebenarnya pucuk pangkalnya macam ni ceritanya.. Malam tadi Aiman ada menggodek gambar kat galeri telefon aku dan terjumpa la gambar ni..
Khusyuk aku tengok dia baca mesej kat bawah gambar tu. Aku ingat dia ada tanya aku ‘wajah’ tu ape? Aku kate Muka.. ‘iras’ tu ape? Aku kate Serupa.. Pastu dia tanya lagi apa maksud mesej ni.. Aku bagitau dia “Allah jadikan wajah anak-anak ummi lebih kurang sama dengan wajah ummi dan ayah sebab andainya satu hari nanti ummi dan ayah dah takde, dah meninggal dunia, kalau anak-anak ummi rindu dengan ayah dan ummi bolehla tengok muka sendiri sebab wajah ummi dan ayah ada dalam wajah anak-anak ummi..” Aku tak sangka dia ambik serius betul pasal ‘mesej’ tu dan berfikir sampai terbawa-bawa masa nak tidur.. Semoga anak-anak ummi sentiasa diberkati dan dilindungi Allah Taala.. Aiman, Annisa dan Assyifa.. Membesarlah kamu duhai anak dengan menjadi anak yang soleh solehah dan membanggakan ummi dan ayah dunia dan akhirat.. Amin.. Ummi dan ayah amat menyayangi kalian..