Kebahagiaan Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Rabu, 9 November 2011

Keguguran dan Kehamilan di Luar Rahim

Petikan ini telah aku copy tanpa mengedit sedikitpun fakta daripada blog seorang doktor <pakbidan.blogspot.com> dan aku paste kan ke blog aku sekadar untuk berkongsi pengetahuan yang amat berguna dengan rakan2 yang sudi menjengah especially isteri-isteri, ibu-ibu dan bakal bergelar ibu..


Tiga bulan pertama kandungan adalah waktu yang terpenting kerana ketika itu pembentukan jasad berlaku daripada sekelompok darah menjadi segumpal daging dan seterusnya berbagai anggota badan dibentuk sehinggalah roh ditiupkan kepada jasad pada peringkat empat bulan.Pada ketika itu dan seterusnya barulah janin kukuh dalam kandungan sehingga sampai waktu kelahiran. 

Diantara gejala-gejala yang mungkin timbul diperingkat awal kehamilan ialah keguguran . Lebih kurang 10 hingga 15 peratus kehamilan mungkin gugur atau menjadi luar biasa seperti kehamilan anggur (molar pregnancy /hydatidiform) atau kehamilan di luar rahim.

Tanda pertama bagi kehamilan luar biasa ini ialah pendarahan yang berketul-ketul disertai kesakitan yang kuat. Pendarahan walaupun sedikit ataupun banyak ialah satu petanda yang tidak baik bagi kandungan kerana ia menunjukkan sesuatu ancaman terhadap janin tersebut.

Apabila keadaan ini berlaku kita boleh anggap kemungkinan kehamilan ini akan berterusan sehingga sempurna atau akan gugur ialah – 50 peratus. Perdarahan yang disertai dengan kesakitan perut yang amat sangat mungkin menandakan keguguran atau kandungan di luar rahim (ectopic pregnancy). Kedua-dua ini merupakan ancaman besar kepada ibu dan bayi . 

Jangan pandang ringan terhadap masalah pendarahan diperingkat awal kehamilan. Langkah utama ialah untuk berjumpa dengan doktor yang terdekat. Mungkin ia seorang doktor biasa (GP) untuk mendapat nasihat atau terus berjumpa dengan doktor pakar perbidanan & sakit puan untuk mendapatkan nasihat, atau terus masuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan penyiasatan selanjutnya.

Apakah punca pendarahan?

1. Keguguran


Ini mungkin hanya ancaman sahaja (threatened abortion). Sebenarnya janin masih hidup dan boleh tumbuh lagi tetapi mungkin disebabkan oleh pendarahan daripada uri akibat daripada kuncupan rahim yang biasanya ditimbulkan oleh sebab tekanan fizikal dan mental, faktor kurang hormon atau kedudukan uri yang agak dekat dengan pintu rahim. Rawatan bagi keadaan ini ialah rehat sepenuhnya, ubat hormon diberi secara suntikan atau tablet, jauhkan dari hubungan suami-isteri dan tenangkan fikiran. 



Keguguran boleh menyebabkan kematian janin iaitu apa yang digelar “missed abortion”. Kadangkala pendarahan tidak banyak dan biasanya tanda-tanda hamil seperti loya dan muntah, bengkak buah dada agak berkurangan atau tiada langsung. Bila dibuat scanning ultrasound, biasanya tiada janin dikesan dalam karung kandungan atau mungkin terdapat segumpal daging janin tetapi tanpa denyutan jantung lagi. Dalam keadaan ini (missed abortion) memerlukan rahim dicuci melalui proses D & C.


2. Kehamilan Luar Rahim



Kehamilan luar rahim yang biasanya berlaku di saluran fallopian adalah sangat merbahaya kerana ia boleh pecah dalam perut menyebabkan perdarahan yang banyak serta mengancam nyawa dan adakalanya membawa maut jika lambat bertindak. Tetapi kebanyakannya mereka terselamat jika cepat masuk ke hospital dan diberi rawatan cemas secara pembedahan.


Mereka yang terdedah kepada kehamilan luar rahim terdiri daripada wanita yang sukar mengandung atau mandul, mereka yang pernah menjalani pembedahan ke atas perkakas peranakan untuk appendix atau pada bahagian usus. Mereka yang telah mengalami jangkitan kuman pada rahim dan mereka yang pernah atau sedang menggunakan alat dalam rahim (IUCD) juga terdedah kepada risiko kehamilan luar rahim.


Selain daripada perdarahan, ia juga mengalami kesakitan yang amat sangat pada bahagian perut, rasa memulas dan mereka kadang-kadang hampir pitam akibat daripada kesakitan tersebut.



Kehamilan Luar Rahim – Pecah dan Berdarah



Pengesahan


1. Ujian kencing masih positif untuk kehamilan (positive urine pregnancy test).



2. Ujian ultrasound menunjukkan rahimnya kosong tanpa karung kandungan tetapi terdapat kesan darah dan karung kandungan di luar rahim.

3. Langkah yang perlu diambil ialah untuk menjalani pembedahan secara cemas. Setelah dibius doktor mungkin melakukan pembedahan laparoscopy untuk mengesahkan adanya darah di luar rahim dan seterusnya membuat pembedahan kecil pada perut untuk membuang kandungan yang telah pecah.



Jika berlaku pada saluran fallopian, saluran tersebut perlu dibuang sekali dan seterusnya sisa-sisa kandungan dan darah dalam perut akan dibersihkan untuk mencegah daripada masalah kesan sampingan seperti “pelvic adhesions” di kemudian hari.

Selasa, 8 November 2011

pengalaman mengajar erti kehidupan

20/10/2011 - Aku period seperti biasa. Tapi period kali ni agak luar biasa sebab berlarutan hingga 13 hari lamanya.


1/11/2011 - Aku rasa perut dan ari2 sakit yang amat sangat dan aku pergi ke klinik swasta untuk dapatkan rawatan.. Setelah diperiksa doktor bagi aku MC sehari, ubat gastrik/angin, antibiotik dan tahan sakit.. Tapi doktor suruh aku datang semula ke klinik esok jumpa dengan gynae untuk check semula perut aku.. Aku fikir2 balik better aku gi klinik kerajaan jer coz jimat sikit kos.. 3 kali aku makan ubat tahan sakit, tapi still jugak xhilang sakit perut aku.. Malam tu aku capai minyak panas dan aku lumur ke perut, pastu aku tungku dengan harapan supaya perut aku xbergelodak lagi dengan angin.. Walaubagaimanapun usaha aku tu cukup menghampakan sebab perut aku semakin sakit dan still bleeding..


2/11/2011 - Pukul 7.30 pagi aku dah tercegat dekat klinik kesihatan untuk check lagi masalah perut aku ni.. Mula2 pekerja triage suh aku gi makmal check urine n pastu scan bilik doktor.. Di bilik doktor :-
Doktor : Apa masalah puan?
Aku : Perut dan ari2 saya sakit sangat dan period saya berlarutan sampai 14 hari. Nak berjalan pun sakit..
Doktor : Ok, keputusan urine puan tadi memang kotor sangat.. Mungkin sebab kencing kotor puan rasa sakit perut dan ari2.. So, saya bagi puan ubat henti darah, tahan sakit dan ubat untuk kencing kotor.. Ok, puan boleh ambik ubat di farmasi.. Ini MC untuk hari ni..


Aku pun beredar, tapi sebenarnye aku masih xpuas hati, napela doktor x check perut aku?? Xpela, aku cuba dulu makan ubat tu dan kalo still xberhasil aku datang lagi esok.. Aku makan ubat yang diberi dan amat menghampakan coz perut aku semakin bergelodak dan sakit yang amat sangat.. Malam tu aku xboleh tido sampai pagi..


3/11/2011 - Walaupun perut ni sakit, aku gagahkan jugak pergi kerja.. Makan pun dah xselera n kawan2 opiz cakap aku dah nampak pucat.. Aku makan ubat tahan sakit yang doktor bagi semalam, tapi sakit perut semakin memuncak dan aku ambil keputusan untuk pergi ke klinik sekali lagi.. Apa nak jadi, jadilah.. Aku xkire, hari ni aku nak doktor scan perut aku ape sebenarnye yang buat aku sakit sangat ni.. Pukul 3.30 petang, aku ke klinik kesihatan sekali lagi..thanks saida coz sudi hantar.. Di bilik doktor :-
Doktor : Sakit apa puan?
Aku : Perut dan ari2 saya sakit sangat.. Semalam saya dah datang, tapi ubat yang saya makan x bagi hasil apepun.. Saya nak minta doktor scan perut saya..
Doktor : Tapi semalam puan dah datang xcheck perut?
Aku : Xde. Just buat urine test dan doktor bgtaw kencing kotor.. Tu jer..
Doktor : So?
Aku : Saya nak doktor check dan scan perut saya.
Doktor pun bawa aku ke bilik scan dan apa yang doktor nampak amat memeranjatkan aku.. "Macam ade baby".. "What?Tapi saya makan pil perancang".."Puan, orang yang ikat pun ade terpregnant puan, xpe, kite cuba buat urine pregnancy test, puan ke makmal n then terus scan bilik saya".. Aku serabut dan menurut ape yang doktor suruh.. Selesai buat UPT, aku masuk bilik doktor n doktor sekali lagi bagitaw aku "Tahniah puan, puan pregnant 5 minggu".. OMG.. "Tapi puan bleeding lame, maybe itu tanda2 keguguran, saya refer puan ke hospital sekarang" Aku menurut dan menurut, malah perut aku pulak semakin sakit..


5.00 petang, 3/11/2011, Hospital Putrajaya - Aku terus ke unit kecemasan. Masuk ke kaunter triage, doktor bace surat refer klinik kesihatan n tanye aku skala sakit 1-10.. Pantas aku jawab "7".. "Sakit sangat ke puan?".. "Sakit sangat".. Aku terus ditolak ke dalam dengan wheelchair tanpa perlu menunggu di luar. Doktor kat dalam check UPT sekali lagi n buatla ape yg patut.. Pastu aku dihantar ke dewan bersalin.. Di dewan bersalin, aku semakin lemah, pitam dan HB aku turun mendadak.. Ya Allah..Hanya Tuhan yang tahu sengsaranya aku masa tu..Terima kasih yang tidak terhingga kepada para jururawat dan doktor2 yang bertungkus lumus menyelamatkan aku masa tu.. Hanya Tuhan yang mampu balas budi mereka.. Setelah diperiksa oleh doktor, xsilap aku doktor Hazim n doktor Lam.. aku disahkan mengandung di luar rahim.. pembedahan terpaksa disegerakan pada malam tu jugak sebab jika dilambatkan boleh mengancam nyawaku dan sudah berlaku pendarahan dalaman.. Aku dan suamiku diberitahu satu persatu dan akur sekiranya itu untuk kebaikan aku.. Segalanya terlalu pantas dan aku pasti setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.. Pukul 10.30 malam aku dimasukkan ke dalam dewan bedah dan pembedahan telah selamat dengan jayanya.. Alhamdulillah..


Setinggi-tinggi kesyukuran ku panjatkan ke hadrat Ilahi kerana memberi kesempatan untuk aku meneruskan kehidupan di dunia ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada suamiku yang banyak membantu, memberi dorongan dan suntikan semangat, ahli keluarga, sahabat2 yang membantu dikala aku memerlukan, doktor2 dan para jururawat di dewan bersalin Hospital Putrajaya yang bertungkus lumus merawat, membantu dan menyelamatkan aku.. Jasa kalian akan kukenang selamanya dan hanya Allah Taala yang mampu membalasnya.. Amin..