Kebahagiaan Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Rabu, 28 Mei 2014

Sultan Azlan Shah mangkat


Sekalung Takziah.

Dukacita dimaklumkan bahawa Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah mangkat pada jam 1.30 petang tadi. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Al-Fatihah


1928 - 2014

Our 9th Anniversary


Ya Allah, jadikanlah kami ini pasangan yang bahagia lagi dirahmatiMu selama-lamanya. Kurniakanlah kami keberkatan hidup, kedamaian hati dan kerukunan rumahtangga.

Ya Allah, hiasilah hidup kami dengan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu dendam yang berpanjangan dan tiada penghujungnya. Janganlah Engkau keringkan hati dan jiwa kami dari perasaan cinta dan kasih sayang kerana ia akan membawa padah yang tidak tertanggung oleh jiwa kami ini.

Ya Allah, kurniakanlah dari kami zuriat keturunan yang soleh dan solehah yang teguh berpendirian yang akan membawa panji-panji menyambung perjuangan di atas jalanMu.


Ya Allah, izinkanlah kami menikmati hidup bahagia ini sehingga satu saat yang Engkau tetapkan bagi kami tanpa sedikit pun duka yang terpalit diantara kami di hati kami.

Ya Allah, berkatilah kami..

Buat suamiku Mohd Yusarizman,

Selamat Ulangtahun Perkahwinan kita yang ke-9 Sayang..

Terima kasih atas segala-galanya..

 L.O.V.E
28.5.2005 - 28.5.2014

Jumaat, 23 Mei 2014

4th Birthday Nur Aina Assyifa


22.5.2014 (Khamis) 

Genap 4 tahun umur Nur Aina Assyifa. Alhamdulillah.. Ummi doakan agar anak ummi menjadi insan yang berguna kepada ibubapa, agama, bangsa dan negara. Semoga hidupmu sentiasa berada di bawah lindunganNya. Amin ya Rabbal Aalamin..

Kesian anak ummi demam hari tu, orang tua2 dulu cakap kalau baby demam sebab nak beralih bulan @ nak dapat akal baru.. Syifa lak maybe demam sebab nak beralih tahunla kot kan?? Xpela, Allah bagi kita xsihat sebab Allah sayangkan kita. Walaupun demam, syifa gigih gak tiup kek sponsor dari maksu Baayah.. TQ maksu :) 














Isnin, 12 Mei 2014

~My oLd CoLLeAGueS~


Sesekali terkenang opizmate lame

~ Arina, Kak Jue, Saida n Me ~

walaupun kita xramai
walaupun unit kita kecik
walaupun kita asyik kena aim
walaupun ade salahpaham sikit2
walaupun kita ade keje tapi orang kate xde keje
walaupun hanya KITA
kita tetap happening
dan
kita tetap kita
rindu dengan korang sangat2
Good Luck for All!!

~ Love Love Love ~

P/S : 
korang bace x????? 
betul rindu kat korang
korang???
huhuhuhu..

Aiman Rongak Lagi..


Pernah x bace entry -GiGi AiMaN- sebelum ni?? Hmm.. kalo nak taw 8 Mei 2014 (khamis) aritu aiman 'KeHiLaNgaN' 2 PuNTuNG gigi sekaligus lagi, kali ni gigi KAPAK.. hehe.. sebelum ni gigi aiman goyang sebab terhantuk kepala adiknya annisa, kali ni lagi advance.. terhantuk dek kepala kawan sekolah dia pulak.. macam2 aiman ni taw. mesti notty sangat kat sekolah anak ummi ni.. Xpela, selamat maju jaya untuk gigi baru aiman tumbuh kembali. Gigi kekal dah tu taw!! Pastikan lepas ni jangan terhantuk lagi, kalo patah lagi xdapekla nak nulong lagi nak oii.. Alamat nanti aiman RoNGaK sampai bile2.. NAKKK????

Hilang sudaaaa... 

hehehehehe

Same x upin ngan aiman?? Hehehehe....