Kebahagiaan Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Khamis, 30 Oktober 2014

Rumahku di pecah masuk Sang Pencuri



Nak bagitaw korang, semalam umah aku kena masuk dengan sang pencuri. Alkisahnya semalam dalam kol 12.30 aku balik umah nak anta makanan sebelum ambik aiman kat sekolah. Sampai2 depan umah aku tengok grill umah aku terbuka tanpa mangga "solex" ngan tombol pintu kayu cam ade kesan cungkil. Nak puaskan hati, aku call anak sedara aku, Ekin, tanye dia kot2 sebelum dia kuar keje lupa nak kunci pintu ke. Tapi katenye dia kunci mangga sume. Tipon lak CekMan yg tengah outstation kat kedah cakap pasal hal tu, dia soh aku call polis. Nak masuk aku takut.. aku pegi cari sorang kakak yang dok seblok ngan aku temankan.. Masuk2 umah, memang kompom umah aku dah kena masuk pencuri.. Bilik aku dah macam tongkang pecah dibuatnye.   Last2 aku call talian 999 buat aduan pasal hal tu. Tak lame tu 2 orang polis datang umah dan lepas check2 ape yang xde, laptop acer, kamera nikon, kamera yang dah rosak (samsung), handphone nokia aiman n duit tabung aiman dalam rm100 gak abis sume sang pencuri ni kebas. Sampai ati ko wahai sang pencuri, laptop tu aku baru abis instalment bulan 7 aritu, 3 tahun ko taw x?? Duit tabung anak aku pun abis ko sapu.. sedih anak aku sebab tu duit baki sekolah dia hari2 simpan ko main ambik je.. X berkatla hidup ko.. Walaupun kerugian xsebesar mane, tapi aku nak dapat barang2 tu bukannye senang. Puas aku kumpul duit baru dapat satu2 barang.. Ko senang2 je ambik kan.. Yang handle kes aku Inspektor 'F', dia kate drpd maklumat org awam, diorang ade nampak sorang lelaki india menyorok dalam semak. Ada gak sorang polis ni kate mase dia ronda kat area umah aku dia nampak sebuah kereta spectra hitam bawak laju dalam keadaan mencurigakan, xlame tu dapat call kes pecah rumah aku. Alhamdulillah repot sume dah selesai, skang ni tunggu je polis call. Sume barang2 aku polis ambik no. siri sebab style aku kalo beli barang, kotak tu memang aku simpan sampai sudah.. Kalo ade rezki dapat balik barang tu, polis akan serahkan.. inshaAllah.. Buat pengetahuan korang, polis cakap kunci mangga "solex" x selamat digunakan. Lebih elok kalo pakai mangga yg warna gold tu.. Semalam gak beli sebab mangga solex aku pon sang pencuri tu bawak lari buat koleksi. Dan malam tadi jugakla aku ngan ekin bertukang pasang engsel dalam umah. Harap2 kejadian macam ni xberlaku dimasa akan datang..