Kebahagiaan Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Isnin, 28 Mei 2012

Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke-7 K.A.M.I


Hari ini 28 Mei 2012 genaplah 7 tahun usia perkahwinan saya dan suami tercinta dengan harapan ikatan perkahwinan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Semoga Allah merahmati  hidup kami sekeluarga dunia dan akhirat. Amin..

Tak sangka perkenalan kami bermula hanya di MIRC (mase tu xde FB lagi) pada 16/1/2002. Setelah hubungan mendapat restu kedua-dua belah keluarga, kami mengambil keputusan mengikat tali pertunangan pada 28/12/2003 dan seterusnya 28/5/2005 kami sah disatukan sebagai suami isteri.. Pejam celik pejam celik rupanya kami kenal dah lebih 10 tahun rupanya.. Kejap je masa berlalu.. Alhamdulillah..

Buat suamiku Mohd Yusarizman, 

Kau terlalu istimewa dalam hidupku. 
Aku bersyukur punya suami sepertimu kerana kau seorang yang amat sederhana, bertanggungjawab dan yang paling penting kau seorang yang tidak cerewet :) 

Terima kasih sayang kerana.......
Sudi menjadikanku suri hidupmu. 
Menyayangiku dengan sepenuh hatimu.
Tidak pernah sekalipun kau menyakitiku.
Banyak bersabar dengan sikap dan tutur bicaraku.
Terlalu banyak berkompromi denganku.
Sentiasa ada disisi dikala suka duka dan susah senangku.
Sentiasa menjadi tempatku berteduh dan aku rasa selamat bersamamu. 
Selalu bangun tolong bancuh susu untuk anak2 waktu tengah2 malam.. TQ :)
Sentiasa menjadi suami dan ayah yang baik untuk aku dan anak-anak kita. 
TERIMA KASIH SAYANG DI ATAS SEGALA-GALANYA.

Hai... berpuitis bagai lak saye ni kan :) Tapi itulah hakikatnya kriteria2 yang ada pada diri encik suami saye. Suka dan sayang kat dia sangat2.. Doakan hubungan kami mendapat keberkatanNya di dunia dan akhirat.. Amin..






Khamis, 24 Mei 2012

Permata Hati


Ummi sayang kalian semua.. Mmmmuuaahhhhhh!!!!!!

Kongsi2 : Gambar hantu jepun (Betul ker??)

Gerun tak tajuk post saye ni? Dipersembahkan... Jeng!Jeng!Jeng!



Cantik kan!! Macam xsesuai jer jadi hantu.. Meh kite bongkar sikit pasal perempuan ni..


Berdasarkan info yg saye dapat, gambar ini dilukis oleh seorang wanita Jepun yg telah mati bunuh diri. 


Wajah sebenar hantu gadis jepun itu dapat dilihat jika namanya "fuk yu" disebut dalam hati (perlu buat ker???). Uolls tenung je matanye dalam 5 minit dan ia akan muncul (Leh caye ker?? Saye xtau apa kesannya sebab saye xbuat pun..hahaha..).


Saye cuma nak kongsi jer dan selebihnye uolls buatlah keputusan samada nak buat ke tidak.. :) Tapi rasenye mende2 camni xleh terlampau taksub sangat sebab takut jatuh syirik. Nauzubillahiminzalik..

Rabu, 23 Mei 2012

Boring2 : wajah saye 20 tahun akan datang

Boring2..saje jengah blog member2. Singgah punye singgah, tertarik dengan blog seorang sahabat ni pedots.blogspot.com  dimana ada potret dia untuk 20tahun akan datang.. Cantik gak.. hehehe.. Nak try gakla tengok camane la muke saya lak yer..

Jeng!Jeng!Jeng! Tadaaaaaa........


Hahahahaha!! Ok tak?? Mane kedut?? Maybe sebab pipi saye yang gebuzz tu menegangkan kulit sekaligus menenggelamkan kedutan tu agaknyer.. Lagi satu yg wat saye kompius adalah tang hidung.. Kenape makin tua makin mancung lak?? hahahahaha... Kompius2.. 

Nak cuba try test?? Lehlah jengah ke link in20years.com 


Selasa, 22 Mei 2012

2nd Birthday Nur Aina Assyifa

Dewan Bersalin Hospital Putrajaya, 22 Mei 2010 tepat jam 7.03 pagi.
Lahirlah seorang puteri yang diberi nama NUR AINA ASSYIFA, berat dikala itu hanya 2.6 kg. 

Tanggal hari ini genaplah 2 tahun usia anak ke-3 ummi dan ayah. Alhamdulillah.. 

Sesungguhnya kehadiranmu amat menceriakan ayah, ummi, abang dan kakakmu kerana kau sungguh bijak, petah bercakap walaupun agak pelat (boleh faham lagi la.. :), kelakar dan apa saja keletahmu membuatkan kami berasa sungguh terhibur anakku.. 

Doa kami, semoga kau membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah dunia akhirat.. Amin Ya Rabbal Alamin..


Baru sejam lahir.. dalam labour room lagi :) cer tengok lidah dia sentil jer.. kalo nak tau, skang ni camtu jugakla kalo time nangis or tengah tekun wat satu2 mender..hehehe.
8 bulan 1 minggu :)

1 tahun lebih (x ingat bape bulan..)
Mase ni syifa kena warded 26 - 29 Februari 2012 sebab kena muntah2 n cirit birit..
Syifa bersama abang dan kakaknye yg kena chicken pox mase tu..huhu..





Jumaat, 18 Mei 2012

Kongsi2 : Ibu tunggal diusir 12 hantu

Seramnye baca artikel ni.. Tapi saya memang tabik spring la kat perempuan ni sebab boleh bertahan selama 3 tahun dalam rumah tu walaupun dah jumpa banyak hantu.. Saya sarankan bolehlah panggil krew rancangan Ghost Adventure untuk rungkaikan kewujudan hantu2 dalam rumah tu. Mesti menarik.. Ok tak?? :)

Cer bace.. (sumber Harian Metro, 18 Mei 2012)

VANESSA di rumah yang dikatakan berhantu. 
VANESSA di rumah yang dikatakan berhantu.
ESSEX: Seorang wanita terpaksa meninggalkan rumah impiannya bersama-sama bayinya selepas diganggu 12 hantu di dalam rumah itu.

Vanessa Mitchell, 37, menceritakan bagaimana dia berdepan dengan hantu itu beberapa minggu selepas berpindah ke rumah berkenaan. Antaranya, memukulnya dari belakang, menarik rambutnya dan cuba menolak tetamunya di tangga. Kemudian mereka membuat percikan darah timbul di ruang tamu. Kejadian terakhir yang menakutkan Vanessa ialah selepas dia melahirkan anaknya. Ketika anaknya Jesse berusia empat bulan, Vannessa berkata, dia melihat ‘hantu jantan’ berdiri di atas buai bayi itu. “Selaku ibu tinggal, saya tidak sanggup untuk terus menerus tinggal dengan hantu di rumah itu.” Dia masih berhutang sebanyak �147,000 (RM735,000) untuk rumah berkenaan yang sebelum ini menjadi penjara untuk tukang sihir di St Osyth, Essex. Hantu itu juga mengalihkan objek di sekitar rumah, menggoncang tombol pintu dan membuka paip air. Vanessa, yang bertahan tiga tahun tinggal di rumah itu berkata, dia menemui sekurang-kurangnya 12 hantu.

Dalam usaha untuk mendapatkan pendapatan bagi membiaya kehidupannya, Vanessa bercadang membuka rumah itu untuk dijadikan ‘pelancongan hantu.’ Pakar, Chris Palmer, 36, ketika bercakap mengenai bangunan berusia 500 tahun itu berkata: “Ia mempunyai suasana paling negatif pernah saya temui.” - Agensi

Khamis, 3 Mei 2012

Last day Kak Zah di Jabatan Perangkaan Malaysia


dari kiri : me, kak zah, kak jue & a little one only Single But Not Available saida :)

Gambar ni diambil masa hari last kak Azizah binti Ayup (kami panggil kak zah), Librarian S22 di Jabatan Perangkaan Malaysia, Putrajaya.. Kak zah ni orang sabahan.. lembut je orangnya, macam mak2 je bila bersembang dengan dia.. Kalau kita xkenal, kita ingat kak zah ni pendiam taw.. Bile dah kenal, rupa2nya kak zah ni ramah sangat dan suke bercerita.. Suke..suke.. Sedih jugak sebab kami baru jer nak mesra, pastu kak zah dapat tukar ke DCA pulak start 2 Mei 2012.. Tengok mata kak zah bengkak baru lepas nangis sedih nak tinggalkan adik2nya di Stats ni..Sob!Sob!!..Xpe kak zah, semoga kita berjumpa lagi dan bertambah sukses di tempat baru.. Miss u kak zah.. Mmuahhhh!!!