Kebahagiaan Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Isnin, 28 Mei 2012

Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke-7 K.A.M.I


Hari ini 28 Mei 2012 genaplah 7 tahun usia perkahwinan saya dan suami tercinta dengan harapan ikatan perkahwinan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Semoga Allah merahmati  hidup kami sekeluarga dunia dan akhirat. Amin..

Tak sangka perkenalan kami bermula hanya di MIRC (mase tu xde FB lagi) pada 16/1/2002. Setelah hubungan mendapat restu kedua-dua belah keluarga, kami mengambil keputusan mengikat tali pertunangan pada 28/12/2003 dan seterusnya 28/5/2005 kami sah disatukan sebagai suami isteri.. Pejam celik pejam celik rupanya kami kenal dah lebih 10 tahun rupanya.. Kejap je masa berlalu.. Alhamdulillah..

Buat suamiku Mohd Yusarizman, 

Kau terlalu istimewa dalam hidupku. 
Aku bersyukur punya suami sepertimu kerana kau seorang yang amat sederhana, bertanggungjawab dan yang paling penting kau seorang yang tidak cerewet :) 

Terima kasih sayang kerana.......
Sudi menjadikanku suri hidupmu. 
Menyayangiku dengan sepenuh hatimu.
Tidak pernah sekalipun kau menyakitiku.
Banyak bersabar dengan sikap dan tutur bicaraku.
Terlalu banyak berkompromi denganku.
Sentiasa ada disisi dikala suka duka dan susah senangku.
Sentiasa menjadi tempatku berteduh dan aku rasa selamat bersamamu. 
Selalu bangun tolong bancuh susu untuk anak2 waktu tengah2 malam.. TQ :)
Sentiasa menjadi suami dan ayah yang baik untuk aku dan anak-anak kita. 
TERIMA KASIH SAYANG DI ATAS SEGALA-GALANYA.

Hai... berpuitis bagai lak saye ni kan :) Tapi itulah hakikatnya kriteria2 yang ada pada diri encik suami saye. Suka dan sayang kat dia sangat2.. Doakan hubungan kami mendapat keberkatanNya di dunia dan akhirat.. Amin..






Tiada ulasan:

Catat Ulasan