Kebahagiaan Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Khamis, 28 Jun 2012

Gembira dan Geram..

Gembira sebab dapat belikan jam baru untuk anak2 dan tengok diorang happy sangat. Yela, sebelum ni sian tengok diorang memperagakan kompas bertali tu macam jam. Siap tanye lagi skang ni pukol berape yer (dengan excited menengok kompas tu..huhu). So, semalam ummi ngan ayah pegila Warta Bangi jer, beli jam murah2 dan aiman dapatla jam angry bird warna hijau, kakak nisa dapat jam barbie warna purple n adik syifa dapat jam princess warna merah. Yang lawaknye, adik lagi advance pada abang n kakak dia, pasal ape tau?? Abang dan kakak pakai jam digital (yg nombor2 tu), tapi adik pakai jam analog taw (yg jarum tu).. Hebat.. Ape2pon best sangat tengok diorang happy..

Geram sebab.. alkisah malam tadi saya n family sampai umah lewat dalam jam 12.30 malam. Almaklum saje umah kami kuarters apartment, kalau waktu mcm tu parking memang dah full. Sejak 6 tahun menetap di situ, memang dah jadi tradisi kalau parking full, kami terpaksa mem'blok' kereta2 yang ada dalam petak parking. Nak buat macamane, memang dah xde parking.. Dalam kes saya, suami saya mem'blok' tanpa menarik brek tangan bagi memudahkan owner kereta yg diblok menolak sahaja kereta kami ke depan @ ke belakang  bila dia nak keluar. Kami sendiri pon dah berpuluh2 malah ntah beratus kali menolak kereta yang memblok sebab kami faham orang bukan suke2 nak blok. Masalahnye memang xde parking.. Ditekankan 'XDE PARKING'..

Ok, berbalik pada yg membuatkan kami geram sangat adalah... Adalah seorang makhluk Allah yang  memang xde hati perut ni telah membaling batu kat cermin depan kereta kami, mencalarkan bonet kereta kami dengan batu, sampai kemek dan terkopek2 cat :( pastu dia tinggalkan nota menyumpah seranah dengan kata2 kesat dan tindihkan nota tu dengan batu2 dan kayu2 kering.. dah macam nak buat kayu api rupenye.. Geramnye dan sedih sangat sebab sebelum ni xpernah sekalipon kami pedajal org macam tu. Tawla kereta kami tu kereta lama, setakat wira aeroback 1.3 jer.. Cat pon dah terkopek2, pastu org buat mcm tu. Nasib baik cermin xpecah dia baling batu. Yang menyedihkan lagi, kejadian tu suami nampak dengan mata kepala dia sendiri. Patutla saya tengok dia bergegas turun cepat2, yela.. rumah kami kat tingkat 6.. rupa2nya dari tingkap bilik dia nampak perempuan tu tolak kereta kami. Xpela, tapi yg buat suami gegas turun sebab dia nampak perempuan tu dah ambik batu. Pasal tu dia turun cepat2 sebab nak tengok apa tujuan perempuan tu ambik batu. Tapi sampai2 kat kereta, perempuan tu dah pergi.. Ape yg tinggal, itulah.. habis kereta kami kemek2 dan calar balar.. Dari atas saya ada gak nampak perempuan tu, dia pakai baju batik dan tudung coklat (pakai tudung tu..), pakai kereta satria putih tapi no. plat xsempat nak catit.. Sampai hati orang tu..:( Xpe, Ada ubi ada batas. Ada hari Tuhan balas.

Sekian.. 

Khamis, 21 Jun 2012

Hina Allah, Rasul, Azan, Al-Quran, Islam dan Malaysia

Astaghfirullahalazim.. Mengucap panjang saya bila bace apa yg budak ni tulis.. Saya terpanggil untuk berkongsi dengan semua tentang ke'bangsat'an budak perempuan ni menghina Tuhan, Rasul, Agama Islam, Azan, Al-Quran dan Negara kita yang tercinta.. Inilah salah sorang yang akan jadi kayu api neraka Jahanam kelak.. Hati saya mendidih bila baca statement budak ni. Bagaimana pula dengan anda? Sesungguhnya Allah Taala Maha Besar lagi Maha Mengetahui.. 


 



Isnin, 18 Jun 2012

Alkisah Orang Tak Kenang Budi "Bagai Melepaskan Anjing Tersepit"

Hancur berderai hati saya apabila seorang sedara yang memang rapat dengan saya sejak dia kecil tergamak melempar kata2 kesat dan teringin sangat nak tengok  saya ni jatuh susah.. Kesalahannya adalah menyampaikan pesanan ayah (tok wan budak ni) dah masukkan duit ke akaun untuk belanja dan saya menasihati agar duit tu digunakan secara berhemah.. Salah ker?? Dia nak tengok saya susah, walhal saya seboleh2 nak tengok dia berjaya!! Pasal tu hantar sambung belajar walaupon mak bapak dia xmampu nak sara. Sape dia tala nak mintak tolong?? Ni mak sedare dia yg dia nak tengok susah ni (tolong advice wan tolongla cucu dia yg susah tu nak sambung belajar kononnye!!), Duit sape bagi?? Tu tok ngan wan dia jugak.. Suke hati cakap beriya sangat nak nasihat2 pasal duit. Memangla beriya, nak dapat duit tu kena beriya bekerja beb!! Pasal ape mak bapak dia xmampu?? Sebab kesusahan tu cari sendiri, xde sape suruh.. So, jangan nak salahkan orang lain pulak.. Pandai cakap orang xambik peduli family dia makan ke tidak, ape dia ingat tok ngan wan tu cop duit ker nak bagi diorang jer?? Abis tu fungsi bapak dia ape?? Makan tido, makan tido.. Umah bini sane, umah bini sini.. Banyak cantik!! Budak ni cukup pandai cakap rezeki tu Allah Taala bagi, tapi kalau xusaha mane nak dapat rezeki.. Ingat duit tu jatuh dari langit ker?? Mase nak minta bantuan, siap menangis2 minta simpati nak duit nak buat sambung belajar konon. Tapi sepatutnya lagi tinggi pelajaran, lagi bijak mengenang budi.. Hancur hati saya hanya Tuhan yg tahu. Hati tok ngan wan dia apatah lagi, dah banyak makan hati ngan sikap budak ni satu family.. Sebab dia ni jenis xkenang budi.. Nasib baik masa kejadian tu berlaku, ayah, mak, abang (selain ayah budak tu), kakak (selain mak budak tu), adik2 dan anak2 sedare yg lain ada disisi memberi sokongan. Budak ni siap meroyan dalam FB lagi.. Almaklumlah orang dah celik teknologi.. Nak ingatkan jugak Notebook yg dia guna untuk meroyan tu pon tok wan dia yg beli.. Ingat sikit.. Patutla sebelum ni banyak sangat gaduh ngan orang itu ini kat FB, salah dia la kalo camtu suke meroyan sana sini.. Dia xtaw ker bila dia buat camtu org yg bace leh judge macam2 pasal dia. Buka pekung sendiri suka gaduh ngan orang. Xheranla kalau ngan sedare mare pon boleh buat macam2, apatahlagi ngan orang luar yg baru kenal sehari dua.. Ish!! Buat malu keluarga jer!! Eloklah dia bukak topeng dia awal2, taula sape dia sebenarnya. Rupa2nya budak ni buat baik dengan orang ada muslihat, buang airmata palsu nak tagih simpati konon, tapi bila dah dapat ape yg dia nak, balasannye pada kita hampeh!!! Orang macam ni xrugi satu sen pon kalau xbuat sedare. Sepatutnye tolong pon xpayah. Biar dia pandai2 la nak hidup. Cakap pandai sangat kan.. Budak ni memang layak sangat2 diibaratkan "Bagai melepaskan anjing yang tersepit".. Kite dah tolong dia, dah lepas dia gigit kita balik.. Sesuai sesangat..  Baru saya teringat ada dikalangan sahabat2 mengeluh kena bayar duit org lain walhal peminjam cabut lari, agak2nya spesies camnila yg buat taik ngan sedare mare bila jadi guarantor PTPTN.. Mase mintak tolong, mulut manis, tapi hati bau longkang.. Busuk!! Takkan kemananye orang camni.. Boleh tengoklah nanti.. Walaupun hanya pakai SMS, tapi kesan kata2 budak ni melekat sampai mati.. (P/S : Dia kata lagi kalau saya mati, dia xkan jenguk saya sekalipun.. Alhamdulillah..) 

Rabu, 13 Jun 2012

Kongsi2 : Tanda-Tanda Akhir Kematian dan Kaitan dengan Waktu Asar


"Bahawa Malaikat Maut memerhati wajah setiap manusia di mukabumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Malaikat Maut : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa." Sabda Nabi Muhammad S.A.W.

100 HARI TANDA SEBELUM KEMATIAN
Tanda ini berlaku selepas Asar. Seluruh tubuh iaitu bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki menggeletar atau menggigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik dihati bahawa ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

40 HARI TANDA SEBELUM KEMATIAN

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah S.W.T.

Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang, tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

7 HARI TANDA SEBELUM KEMATIAN

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan cara musibah kesakitan dimana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

3 HARI TANDA SEBELUM KEMATIAN

Pada ketika ini akan terasa denyutan dibahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

Jika tanda ini dapat dikesan, maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 HARI TANDA SEBELUM KEMATIAN

Akan berlaku sesudah waktu Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan disebelah belakang iaitu dikawasan ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

NAZAK ATAU TANDA AKHIR

Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri menantikan kedatangan Malaikat Maut untuk menjemput kita kembali kepada Maha Pencipta Allah S.W.T. yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

** Meskipun tiada dalil dan hadis yang sah mengenai tanda-tanda kematian ini dan hanya berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Imam Al-Ghazali dimana beliau menyedari akan hal ini dan beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

SELIMUT PUTIH
Bila Izrail datang memanggil

Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terkujur badan dan kedinginan

Tiada lagi gunanya harta

Kawan karib sanak saudara
Jikalah ada amal di dunia
Itulah hanya pembela kita

Janganlah mahu disanjung-sanjung
Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung

Datang masanya insaflah diri

Selimut putih pembalut badan
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman

P/S : Mati itu adalah PASTI.. Ya Allah, matikanlah aku sepertimana aku dilahirkan yakni dalam Islam. Amin Ya Rabbal Alamin.



Selasa, 12 Jun 2012

Tonsil rupanye...

At last dalam pukul 2.45 petang semalam saya buat keputusan untuk ke klinik juga. Macam biasa di klinik kesihatan amik nombor giliran, pass ke kaunter triage amik nombor bilik doktor dan dapatla bilik 8. Adela sejam menunggu baru nombor saya dipanggil.. Di bilik doktor (Alamak! Doktor ni anta anak same ngan taska anak saye pulak..selalula kite jumpe tapi baru taw rupe2nye dia ni doktor..):-

Doc : Ape masalah ye puan?
Me : Saye rase susah nak bernafasla doktor. 
Doc : Dah berapa lama tu?
Me : Sebulan.
Doc : Sebulan? Lame tu. Sebelum ni ade amik rawatan kat mane2 x?
Me : Xder sebab saye bajet esok mesti elok.. Last2 esok dan esok dan esok xelok2 jugak.. Tension saye..
(Pastu doktor tu amik alat sukat suhu badan dan tembak ke dahi saye, pastu dia cakap..)
Doc : Puan ade rase demam x?
Me : Xder..
Doc : Tapi puan demam sebenarnye..
Me : Oo.. 
Doc : Ok, susah nak nafas tu selalu kena mase bila?
Me : Setiap mase. Tapi lagi teruk mase baring, mesti kena duduk balik sebab nak 'dapatkan' nafas tu semula.. Sampai sakit tengkuk saye ni doktor.
Doc : Tengkuk sakit? Ok, nganga puan. (Doktor pon suluh2 la ke dalam mulut saye.. Pastu dia angguk2kan kepala dia.. Kompius saye apela yg dianggukkan doktor ni agaknye? Pastu dia cakap..) Dalam tekak puan ade tonsil yg membengkak. Pasal tu puan susah nak bernafas..
Me : Tonsil? Patutla saye nak telan air liur sakit dan rase seketul2.. Hmmmm..
Doc : Ok, saye bagi puan antibiotik, ubat demam, ubat untuk surutkan bengkak tonsil tu dan ade satu lagi ubat untuk kembangkan saluran pernafasan puan..  Cuba makan ubat yang saye bagi ni sampai habis, tapi kalau still xelok jugak, datang semula ke klinik ok.. 
Me : Ok
Doc : Puan perlu MC ke?
Me : Xperlula doktor. Dah pukul 5 pun. Time slip pun dah cukup. Terima kasih.
Doc : Ok, puan ambik ubat kat farmasi.
Me : Terima kasih doktor. Assalamualaikum.

Pastu saye terus pegi farmasi dan dapatla ubat antibiotik Erythromycin, Prednisolone, Paracetamol dan Bromhexine Hcl.. Mesti disiplin, kalo x camane nak elok kan.. 
Ya Allah Ya Tuhanku, Kau berikanlah kesihatan yang baik kepada hambaMu ini Ya Allah.. Amin.. 
Semoga cepat sembuh untuk diri sendiri :)

Isnin, 11 Jun 2012

Oksigen oh Oksigen..


Sejak akhir2 ni saya selalu sangat susah nak bernafas dan lenguh tengkuk. Dada ni rase sesak sangat sebab bila nak tarik nafas tu sampai menguap2 barulah dapat cukup oksigen. Masa nak tidur malam, bila rasa nak tarik nafas tu xlepas terpaksela saya duduk dulu, tenangkan fikiran, menguap besar2 barula dapat balik tarik nafas.. Kadang2 anak2 bertanya, "Ummi ni asyik nguap je, ngantuk yeak??" "Xdela, ummi nguap sebab nafas ummi xlepas.." Boleh yeak jawab camtu?? Mane tak, sampai tengkuk pun lenguh.. Ya Allah..sesungguhnya Kau Maha Mengetahui.. 

Ada orang kate angin.. Terus saya teringat lebih kurang sebulan lepas saya ada makan masak lemak labu.. Esoknya saya terus kena susah nak bernafas sampaila hari ni.. Adakah sebab labu?? Sebab orang kate labu ni berangin..Ish!! Takkan nak salahkan labu lak kan.. Tapi, seandainya benarlah sebab labu saya jadi camni, taubat sampai bile2 saya xkan makan labu lagi.. Percayalah.. Sekarang ni rutin saya tiap2 malam saya isi minyak panas nak bagi angin keluar, tapi hasilnya still same :( Runsingla.. Nak pegi klinik ubat apela sangat tuan doktor boleh bagi untuk hilangkan penyakit susah nak nafas ni.. Nak pegi klinik ker?? Nanti difikirkan..