Kebahagiaan Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Khamis, 29 November 2012

Akhirnya!!!


Yeayyy!!! Akhirnya saya dapat gak benda ni... 
Nak tau ape dia?? Nanti saya bagitaw ok!

Isnin, 26 November 2012

Ikan Mabong Masak Asam Jawa

Hari cuti baru ni tetibe rase teringin nak makan masam2 pulak.. Cam ibu2 mengandung pullak. Haha!! Tapi bukan yer.. Mengandungi lemak ade la T_T.. Syifa belum sedia nak ber'adik'.. Certanye kalo xpercaye.. Syifa nak baby tak?? Confirm dia menggeleng laju2.. Ummi pon same.. Leklu.. Huhu!!

Inilah 'pemasam' tekak yang saye maksudkan itu :)

Ikan Mabong Masak Asam Jawa

Bahan-bahannya :-

- 5 ulas bawang kecil - Dihiris
- 5 ulas bawang putih - Dihiris
- 2 inci halia - Dihiris
- 9 tangkai cili padi - Dibelah 2

- 1 sudu besar biji sawi

- 1 mangkuk air asam jawa

- 3 ekor ikan mabong yang digoreng dengan garam dan kunyit

Bahan-bahan lain :-

- 2 sudu besar minyak untuk menumis
- Garam dan Gula secukup rasa

Cara saya memasak :-
  • Panaskan minyak dan tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia, cili padi dan biji sawi hingga kekuningan dan naik bau. 
  • Masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih seketika.
  • Masukkan ikan yang digoreng dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Biarkan seketika. Lagi lama lagi sedap sebab rasa masam tu akan meresap ke dalam ikan goreng tadi :)..
  • Tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas.
Dan inilah hasilnya..


Sekian..

Isnin, 5 November 2012

Majlis Graduasi dan Aprisiasi Generasi 2012

Lamenye x hapdet blog ni.. Dah naik sawang sane sini, bak kate arwah nenek "banyaknye renda..".. Huhu!! Ape2 jela :)

Sabtu baru ni (3/11/2012), tadika tempat aiman, nisa & syifa buat Majlis Graduasi dan Aprisiasi 2012 di Kompleks Perbadanan Putrajaya. Sedar x sedar, tahun ni dah tahun last aiman kat situ.. Anak ummi dah nak masuk darjah 1 dah tahun depan. Macam xpercaya je aiman dah nak bersekolah.. T_T kegembiraan.. Kejap je masa berlalu. 

Macam biasa setiap tahun majlis camni diadakan untuk anak2 Generasi. Tahun ni annisa ada masuk persembahan menari lagu 'Nobody' yang kumpulan wondergirl nyanyi tu.. Comelnya tengok pakai gaun CoLouRFuL (Sape lagi nak puji kan kalau bukan mak sendiri..hikhik!!) Aiman pulak segak pakai suit kemeja merah kotak2, seluar slack hitam dengan necktie jalur hitam putih, buat persembahan lagu 'Oh My Teacher I Will Do' ikut versi lagu hindustan 'Oh My darling I Love U' yang lakonan Hrithik Roshan ngan Kareena Kapoor tu.. Bestnya tengok anak2 buat persembahan.. 

Tapi gambar2 persembahan tu ummi ngan ayah xsempat nak snap disebabkan adikmu syifa amatlah lasak, lari ke sana ke mari.. Xleh duduk diam langsung, sempat hilang lagi dalam ramai2 tu.. Hanya gambar ni je la yang ade.. So, layankan jela k!

~ Nisa dan gaunnya. Kasut besar sikit.. Okla tu, leh pakai lame sikit kan.. ~

~ Ibu.. ibu.. engkaulah ratu hatiku.. Me & mak tersayang ~

~ Syifa ngan tok ~

~ Sehati sejiwa ~

~ Syifa yang sangatlah agresif.. Xlarat mak nak oii.. ~

~ Muka x kuasa nak layan ~

~ Tahniah.. Selamat Tinggal Generasi.. Welcome SRK P11/1 Putrajaya (Darjah 1) ~ 

~ Baru 6 tahun dah dapat ijazah.. Ngee!! ~

~ Congrats sayang ~

~ Aiman & Nisa.. Adik syifa sippi-sippi je ~

~ Ummi & Aiman. Aiman sokmo buat muka gitu ~

~ Peserta persembahan Aiman & Nisa ~

~ Selesai je persembahan dia keluarkan baju.. Labuh giler. Tapi smart gak kan :) ~