Kebahagiaan Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Khamis, 17 Januari 2013

Sakitnya lutut ni..

Sakitnya lutut ni.. :( 

Kelmarin (Selasa) masa nak pakai kasut, aku angkatla kaki kebelakang sebab nak tarik tali kasut tu.. Tibe2 ade bunyi Tuppp!! Lutut aku meletop.. adoiii.. sakitnye la tambah2 time bengkok. Nak dok bersila ngan mencangkung pun xboleh.. Bila solat, masa dok tahiyat ngan sujud pon sakit sebab lutut kena lantai kan. Sob!Sob! Nanges.. T_T

Disebabkan xtahan, semalam pagi2 lagi aku dah terpacak kat klinik. Nak gak check kot2 tulang teralih ker ape ke kan. Risau sangat, umo pun bukannya muda belia dah, nak masuk 31 dah pon. Lepas amek nombor bagai, aku terus pegi kat makmal x-ray, lepas tu terus gi scan kat bilik doktor lak nak taw result. Xsilap, aku menunggu giliran kat bilik doktor tu dalam pukul 8. Tunggu punye tunggu tapi 1 nombor pun xpanggil2. Skrin nombor giliran tu pun gelap jer x on lagi. Last2 pukul 9 baru semua bilik2 doktor tu panggil nombor. Agaknya memang doktor2 ni start panggil pukul 9 kot (pikir akula..) Nombor aku lak dipanggil pada pukul 9.45pagi, alhamdulillah panggil jugak..

Kat dalam bilik, doktor pon check la x-ray aku tu.. Tapi kate doc, tulang aku ok. Cuma terseliuh jer. Alhamdulillah. Dah alang2 jumpe doktor, aku pon cakapla masalah aku yang sebelum ni memang aku selalu sangat cramp masa tengah tido. Selalunya dalam kol 2-3 pagi.. Terpaksala aku mintak tolong cekMan tarik pelan2 kaki aku ni bagi lurus. Kadang2 dalam masa sebulan tu mesti kena. Pernah sekali tu dalam seminggu sampai 2 kali kena.. Sakit ooo.. Doktor cakap itu disebabkan kurang garam galian dan kalsium. So, kenala minum susu.. Aku ni ellergic sikit dengan susu ni tambah2 susu tepung. Memang xtertelan rasenye.. Samela mase time pregnant dulu pon, mane ade minum susu anmum bagai ni sebabnya itulah.. x TeRTeLaN.. Camane nak buat ye?? Tapi doktor ade bekalkan pil kalsium untuk sebulan dan ubat tahan sakit (mefenamic acid 250 mg). Lagi satu MC sehari.. ape lagi, rehatla kan.. Kalau lepas abis tu still sakit lagi, datang lagi jumpe doktor yer.. Harap2 okla..

Ni pil kalsium (untuk tulang) - 1 tablet sekali sehari..


Ni ubat tahan sakit - 2 tablet 3 kali sehari.. Kalo sakit lagi xtawla :(


Cuba dulu makan ubat yang ni ok.. Harap2 sakit lutut ni makin elok la.. Amin..

2 ulasan: