Kebahagiaan Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Isnin, 28 Oktober 2013

Muzium Negara & Planetarium

Korang dah dengar dah bajet 2014 aritu? Alhamdulillah penjawat awam dapat bonus 1/2 bulan gaji.. Syukurla daripada xde langsung kan..

Bulan ni kan gaji awal nak raye haji, berjanggut wei nak tunggu gaji hujung bulan depan.. Kenala berjimat cermat sementara nak tunggu gaji bulan 11 kan. Tapi sian gak ngan anak2 cuti2 sekolah dok terperap je kat umah. So, hari ahad tu kami pegi melawat Muzium Negara ngan Planetarium jer. Kat situ je la tempat yang boleh melepasi bajet kami diwaktu dan ketika ini :/

Tiket masuk Muzium cuma RM2 bagi dewasa dan PERCUMA untuk kanak2 bawah 12 tahun. Baru RM4.. Jimat kan?? Air tin pon murah kat situ, baru RM1.. Ade lak CekMan cakap kat aku "Lepas ni kalo nak beli air tin kite datang sini nak??".. Eeee.. tolongla! xberbaloi langsung.. 

Planetarium pun masuk PERCUMA jer tengok2 pameran.. Memang jimat sangat2 disamping tu dapat jugak ilmu. Macam kat Muzium leh kaji balik sejarah Malaysia dan tengok artifak2 lame, kat Planetarium lak boleh tengok banyak pameran2 sains dan planet2 lain. Memang lawatan penuh ilmiah la minggu ni ye anak2 :) 

Tapi yang paling penting anda mesti kena tahu siapakah rakyat Malaysia pertama yang sampai di planet Marikh.. Nak tahu siapa dia?? Jom lihat..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Hahahaha!!! Surprise x?? Just believe it :)



Tengok apela nisa tu :)

DAY AT THE MUSEUM... :)

Dewasa RM2 jer.. Anak2 FREE..

Anak2 sakan dok minum air tin yang murah tu..

Promote sikit..
"Sape2 nak beli air tin semurah RM1 datangla ke Muzium Negara"














- Kami Anak Malaysia -

Sekian cite jalan2 cuti sekolah anak2 kali ni.. Nanti ade rezeki lebih ummi ngan ayah bawak gi jalan tempat lain yang best sikit ye anak2.. Doa banyak2 agar Allah murahkan rezeki kite.. Amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan