Kebahagiaan Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Memaparkan catatan dengan label Resipi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resipi. Papar semua catatan

Isnin, 26 November 2012

Ikan Mabong Masak Asam Jawa

Hari cuti baru ni tetibe rase teringin nak makan masam2 pulak.. Cam ibu2 mengandung pullak. Haha!! Tapi bukan yer.. Mengandungi lemak ade la T_T.. Syifa belum sedia nak ber'adik'.. Certanye kalo xpercaye.. Syifa nak baby tak?? Confirm dia menggeleng laju2.. Ummi pon same.. Leklu.. Huhu!!

Inilah 'pemasam' tekak yang saye maksudkan itu :)

Ikan Mabong Masak Asam Jawa

Bahan-bahannya :-

- 5 ulas bawang kecil - Dihiris
- 5 ulas bawang putih - Dihiris
- 2 inci halia - Dihiris
- 9 tangkai cili padi - Dibelah 2

- 1 sudu besar biji sawi

- 1 mangkuk air asam jawa

- 3 ekor ikan mabong yang digoreng dengan garam dan kunyit

Bahan-bahan lain :-

- 2 sudu besar minyak untuk menumis
- Garam dan Gula secukup rasa

Cara saya memasak :-
  • Panaskan minyak dan tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia, cili padi dan biji sawi hingga kekuningan dan naik bau. 
  • Masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih seketika.
  • Masukkan ikan yang digoreng dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Biarkan seketika. Lagi lama lagi sedap sebab rasa masam tu akan meresap ke dalam ikan goreng tadi :)..
  • Tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas.
Dan inilah hasilnya..


Sekian..

Khamis, 20 September 2012

Serawa Durian

Lokasi : Teratak Tinggi Melangit, Presint 9

Dialog

Annisa : Umi... Icha nak buah uyan.. 
(Adik pasang jer telinga..)
Assyifa : Umi... pa nak iyan.. (Lembut jer...)
Ummi : Anak ummi nak durian.. Nanti ajak ayah beli yer..

Esok terus pi cari durian.. Kitorang memang dah aim 2 tempat ni.. musim durian ke, bukan musim durian ke, 2 tempat ni kompom ade jual punye.. 
(1) tepi jalan nak ke jusco equin, 
(2) kat pekan dengkil.. 

Mula2 kitorang ke tempat (1), lorrr!!! xde pulak.. Pastu terus ke lokasi (2).. Alhamdulillah ade rezeki anak2.. Tapi kali ni macam tauke durian tu taw2 tempat dia sorang je jual durian.. Selalu paling cikai yang kecik2 tu dapatla 4 biji RM10. Tapi kali ni 2 biji RM10!!.. Mak aihh.. Last2 cekMan beli yang sekilo 8 hengget 2 biji.. Katenye biar besar sikit asalkan puas hati.. Timbang2 kenala RM38. Bolehla, asalkan anak2 dapat makan buah durian. Nanti kang xpasal2 meleleh lak air lior diorang kek terliur nak ke buah 'uyan' ;) 

Sampai je umah, terus nisa ngan syifa suruh ayahnye kupas durian.. siannye la haii.. Last2 xabes, saye amek ulas durian tu masukkan dalam  bekas, pastu simpan peti.. 2 hari dok dalam peti xberusik dah. Memang budak2 ni bile teringin dapat makan sekali pon dah cukup.. Memang betulla sekali, xderk ulang2 dah.. 

Inilah hasilnye :-

~ Serawa Durian ~

Cicah roti sedap ni.. Pagi tadi bawak bekal gi opiz sikit jamu kawan2 makan.. Thank u kawan2 sebab sudi habiskan especially Pn. Roosni my EO, sebab dia orang last sekali  habiskan dan siap basuhkan bekas lagi.. :)

Saye buat serawa ni simple jer..

Bahan-bahan :-
  • Durian
  • Santan
  • Biji sagu
  • Air
  • Daun pandan
  • Gula
  • Garam
Cara membuatnya :-
  • Masukkan air, ulas durian dan daun pandan dalam periuk. Masak hingga menggelegak.
  • Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Kemudian masukkan biji sagu yang direndam tadi.
  • Last sekali masukkan santan dan timbuk selalu agar santan tidak pecah. Kacau hingga serawa benar-benar masak.
  • Sedia untuk dihidangkan.
P/S : Lagi sedap kalau diletak gula merah. Tapi dalam resepi ni xder sebab kat umah dah kehabisan gula merah.. Serawa ni sebenarnye lagi sedap kalau dimakan sejuk. Cam aiskrim durian jer rasenye.. Nyam!Nyam!! 

Sekian.. :)

Jumaat, 14 September 2012

Puding Kastard Fruit Cocktail

Semalam member opiz order 50 bekas Puding Kastard Fruit Cocktail untuk jamuan raya di opiz wife dia kat JPM. Thanks syazhwan :) 

Tetibe teringat lak kat kakJue sebab dah banyak kali tanye bile nak start jual puding balik.. Oh yer, b4 saye ade letak puding tu kat pantry opiz. Tolak kat Kelab Bahagian.. Tapi sejak ramadhan saye stop letak coz yela.. bulan pose kan. X best la kalo letak, cam xhormat bulan pose lak. 

Dah alang2 si syazhwan ni order, saye buatla lebih sikit untuk jamu member2 unit tersayang.. Itupun dapat sikit je, ingat ke dapatla penuh sebekas.. Okla, lainkali ina buat lagi k!! 

X lupa juga untuk sahabat saye, Aiza Aziz.. Terima kasih aiza coz x lokek kongsi resepi puding ngan akak.. Sampai leh buat bisnes lagi walaupun kecil2an.. Terima kasih.. Jasamu tetap dikenang :) Aiza ni dolu Pembantu Akauntan Kontrak kat sini. Tapi dah tamat kontrak dah n sekarang ni dia sambung master kat UKM.. Bukan rezeki dia dapat sambung kontrak.. insyaAllah semoga satu hari nanti aiza akan dapat jawatan yang lebih baik bersesuaian dengan kelayakan yang aiza ada :)

Jadi, saye pon nak gak kongsi resepi ni ngan kawan2 sekelian.. Xrugi pun kongsi ilmu yang kite ade (ilmuresepijepon..) Meh copy paste.. 

(Bahan2 ni untuk 50 orang, insyaAllah..)

Bahan Untuk Puding Kastard :-




(Peringatan :- Saya guna sukatan bekas puding.. 
~ Cawan = Bekas Puding ~)
  • 4 cawan tepung kastard
  • 20 cawan air
  • 2 cawan gula
  • 1 tin susu pekat 

Cara saya membuat :-
  • Masukkan Tepung Kastard dan Air di dalam bekas. Kacau hingga larut dan tidak berketul.
  • Kemudian, masukkan Gula dan Susu Pekat. Kacau lagi hingga sebati.
  • Tapiskan bancuhan dalam periuk.
  • Masak di atas api yang perlahan. Kacau sentiasa hingga likat dan berat.
  • Tutup api. Masukkan ke dalam acuan, biarkan sampai suam, baru sejukkan ke dalam peti ais.

Bahan Untuk Kuah Fruit Cocktail :-




  • 3 tin susu cair
  • 3 tin fruit cocktail
  • Nata de coco - ikut suke nak banyak mane..
  • 6 tin air (saye sukat pakai tin fruit cocktail)
  • 3 cawan gula


Cara saya membuat :

  • Masukkan Air, Gula & Air Fruit Cocktail (Asingkan buahnye dulu taw..) ke dalam periuk. Kacau sampai gula hancur.
  • Kemudian masukkan Susu Cair, Buah Fruit Cocktail & Nata de Coco. Didihkan dengan api sederhana. Tutup api.
  • Sejukkan dalam peti ais.

Inilah rupenye bile dah siap..




Khamis, 16 Ogos 2012

Nasi Goreng E-Zi

NASI GORENG E-Zi


Bahan-bahan :-
  • 1 mangkuk nasi putih sejuk
  • 2 ulas bawang kecil (dimayang)
  • 2 ulas bawang putih (dimayang)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu cili kering kisar
  • Garam secukup rasa
  • Minyak

Cara saya memasak :)
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang kecil dan bawang putih hingga kekuningan.
  • Masukkan cili kering kisar dan sos tiram. Tumis hingga naik bau.
  • Perasakan dengan garam dan kacau lagi.
  • Pecahkan telur dan kacau hingga telur hancur.
  • Kemudian masukkan nasi dan kacau hingga sebati.
  • Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Crazy E-Zi kan? 

SOALAN : Nak taw x nape saye letak name "Nasi Goreng E-Zi"??

JAWAPAN : E-Zi tu saye pinjam perkataan omputih iaitu EASY dan dalam bahase melayu kita ni kate MUDAH.. Itu jer..hehe!!

PENGALAMAN (Cehh!! Macam wat resume la pulak! :/) : 
Ok, mase saye dok umah bujang dulu, ni la resepi paling mudah dan cepat saye selalu buat. Cam tagline maggi tu, "Cepat dimasak, sedap dimakan".. Janji perut kenyang.. Hehehehehe!! 

Sekian.

Daging Masak Kurma


DAGING KURMA


Bahan-bahan :-

 v     200 gram daging
 v     3 biji ubi kentang (dibelah 4)
 v     2 tangkai cili besar
 v     1 labu bawang besar (Dibelah 4)
 v     1 batang serai (Diketuk)
 v     1 keping asam keping
 v     Bunga lawang
 v     Bunga cengkih
 v     Kulit kayu manis
 v     Buah pelaga
 v     Rempah kurma
 v     Air
 v     Santan
 v     Minyak
 v     Garam

Bahan Hiris :-

v     2 ulas bawang kecil
v     2 ulas bawang putih
v     1 cm halia

Cara saya memasak J

v     Panaskan minyak, tumiskan bahan hiris, serai, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis hingga bawang kekuningan.
v     Masukkan bancuhan rempah kurma dengan air. Kacau hingga pecah minyak dan naik bau.
v     Masukkan daging dan air, biarkan hingga daging empuk.
v     Kemudian masukkan santan dan kacau sekali sekala agar santan tidak pecah.
v     Masukkan asam keping, bawang besar dan cili besar. Perasakan dengan garam mengikut citarasa masing-masing. Biarkan lagi hingga benar-benar masak.
v     Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Sekian.

Rabu, 15 Ogos 2012

Sup Daging

SUP DAGING



Bahan-bahan :-

  • 200g daging - potong ikut suke
  • 2 ulas bawang kecil 
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 2 sudu rempah sup
  • Cendawan tiram kelabu
  • Suhun
  • 1 batang lobak
  • Daun sup
  • Air
  • Garam

Cara saya memasak :)
  • Masukkan daging, bawang putih, bawang kecil, halia, sup bunjut, rempah sup dan air ke dalam periuk dan rebus hingga mendidih dan daging empuk.
  • Masukkan lobak dan biarkan seketika hingga lobak lembut.
  • Kemudian masukkan pula cendawan tiram, suhun, daun sup dan perasakan dengan garam mengikut citarasa masing-masing.
  • Biarkan hingga daging benar-benar empuk dan masak. 
  • Sedia untuk dihidangkan.

Simple kan?? Memang mudah sesangat100x sebab sume bahan kite main rebus jer.. xder minyak2 ok. 
"Kurang minyak, kurang kolestrol, 
badan sihat, otak pun cerdas"
Cewah!! Dah macam penasihat pemakanan lak ghopenyer.. Huhu!!

TATA!!

Sekian :)

Siakap Sambal Serai

Lauk ni adalah PeRMiNtaaN pERtAmA daripada cekman sepanjang bulan puasa ni. Dah nak sampai penghujung puasa baru ada request.. Bagus3x :).. Hmm.. sebenarnye niat cekman tu murni, xnak nyusahkan org umah dia ni mintak masak itu ini. Ape dimasak sume dibedal, asal ikhlas.. kompem sume sedap punyer.. "Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senangnyer hati".. Hehehehe!!! 
Layan.. ZaSsSSSS!!!

SIAKAP SAMBAL SERAI


Bahan ikan goreng :-
  • 1 ekor ikan siakap
  • 1 sudu garam 
  • 1 sudu kunyit serbuk
  • Minyak masak

Bahan kisar :-
  • 7 tangkai cili kering (rebus terlebih dahulu)
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 batang serai
  • 1 cawan air

Bahan lain-lain :-
  • 1 labu bawang besar (dihiris bulat)
  • 1 sudu garam
  • 2 sudu gula
  • 1 keping asam keping
  • 4 helai daun limau purut

Cara saya memasak :)

Step 1
  • Lumurkan ikan siakap bersama garam dan kunyit serbuk.
  • Panaskan minyak dan gorengkan ikan hingga garing. Angkat dan toskan ikan yang siap digoreng. Ketepikan.

Step 2
  • Panaskan minyak, tumiskan kesemua bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau. 
  • Kemudian masukkan asam keping, daun limau purut, bawang besar yang dihiris bulat dan perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa masing-masing.
  • Biarkan seketika hingga bahan tumisan benar-benar masak. Tutup api.

Step 3
  • Letakkan ikan yang telah siap digoreng di atas pinggan dan curahkan dengan bahan tumisan tadi.
  • Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Sekian :)

Isnin, 13 Ogos 2012

Tomyam Ayam

TOMYAM AYAM


Bahan-bahan :-

  • 1/4 Ayam
  • 1 bungkus pes tomyam Adabi
  • 1 batang lobak
  • 1/4 kobis bunga
  • 4 batang putik jagung 
  • 1 biji tomato
  • Cendawan tiram kelabu
  • 1 cm halia
  • 1/2 cm lengkuas
  • 1 batang serai
  • 5 biji cili api
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • Daun limau purut
  • Air
  • Garam

Cara saya memasak :)

  • Rebus air, ayam, halia, lengkuas, serai, daun limau purut, pes tomyam  dan bawang putih  ke dalam periuk hingga menggelegak.
  • Masukkan cili api, hirisan lobak, kobis bunga, putik jagung dan bawang besar. Biarkan lagi hingga ayam empuk dan sayur nampak lembut.
  • Kemudian masukkan pula cendawan tiram kelabu dan tomato. 
  • Perasakan dengan garam secukupnya.
  • Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Simple kan? Selamat Mencuba.. :)

Sekian. 

Jumaat, 10 Ogos 2012

Asam Pedas Daging Cincang

Aritu dengar member pejabat si saida citer sedapnye makan asam pedas tetel beli kat restoran asam pedas bangi, kecur lak air liur saye ni.. Nak masak kang, saye sorang je lak yg makan sebab cek man kureng sket makan asam pedas tetel ni.. Bagi dia asam pedas ni hanya sesuai untuk ikan saje. Boleh lak camtu?? Tak bervariasi betul.. Patutla anak bujang kite yg sorang tu memilih bebeno bab makan nih.. Pening mak.. Anak bapak.. Huhu!! Tapi, disebabkan kecur liur ni xabis2, dah sampai mimpi2 alahai!! Arini ari jumaat, lunch hour panjang kan.. Lehla kalo nak masak sementara nak tunggu cek man balik semayang jumaat.. So, saye ajakla jugak cek man pi pasar kat Presint 8 tu cari daging cincang nak wat gak asam pedas.. Daging cincang ngan tetel same ker?? Ape2 jela, lembu jugak kan.. So, terhasillah 1 lauk untuk berbuka puasa kami arini.. Cek man kenala blaja makan asam pedas selain ikan ni yer :)

ASAM PEDAS DAGING CINCANG



Bahan-bahan :-

  • 1/2 kg daging cincang
  • Daun kesum
  • Air
  • 2 keping asam keping
  • Minyak
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula

Bahan kisar

  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 batang serai
  • 1/2 cm kunyit hidup
  • Cili kering (rebus dulu)


Cara saya memasak :)

  • Masukkan daging cincang dan bahan kisar ke dalam bekas dan gaulkan hingga sebati.
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan gaul di atas hingga pecah minyak.
  • Masukkan air, biarkan hingga mendidih dan daging empuk.
  • Kemudian masukkan daun kesum, asam keping dan perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa masing2. Biarkan hingga masak.
  • Siap dan sedia untuk dihidangkan.
SEKIAN...


Selasa, 7 Ogos 2012

Sambal Bilis

SAMBAL BILIS


Bahan-bahan :-
  • Ikan bilis
  • 10 tangkai cili kering (Kisar)
  • 1 labu bawang besar (Kisar)
  • 3 ulas bawang putih (Kisar)
  • 1/2 cm halia (Kisar)
  • 1 keping asam keping
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Minyak

Cara saya memasak :)
  • Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis hingga garing. Ketepikan.
  • Tumiskan bahan kisar hingga sambal masak. 
  • Masukkan asam keping. 
  • Perasakan dengan garam dan gula. 
  • Masukkan ikan bilis yang digoreng tadi.
  • Siap. 
Mudah jer. Saya buat sambal bilis ni makan dengan nasi lemak. Permintaan anak bujang saya sorang tu teringin katenye nak berbuka makan nasi lemak, mengalahkan orang mengidam.. Tapi resepi untuk nasi lemak x disertakan pullak... Xperla, maybe lainkali k! 

P/S : Kadang2 saya tambah santan sikit dalam sambal ni, sedap gak.. Rasa lemak2. Lehla kalo nak try k!

Sekian.

Jumaat, 3 Ogos 2012

Cucur Bilis

CUCUR BILIS


Bahan-bahan :-
  • Tepung gandum - 3 cawan
  • Air
  • Garam - 1 camca
  • Serbuk penaik - 1/2 camca
  • Kunyit serbuk - 1 camca (kalau nak tukar ngan pewarna kuning pon boleh :))
  • Ikan bilis
  • Daun bawang - Hiris
  • Bawang besar - 1/2 labu (Hiris)
  • Cili besar - 1/2 biji (Hiris)
  • Minyak

Cara ummi memasak :)


  • Masukkan tepung gandum, serbuk kunyit, garam dan serbuk penaik dan gaul rata.
  • Kemudian masukkan air, ikan bilis, hirisan daun bawang, bawang besar dan cili besar. Kacau hingga bancuhan sebati.
  • Panaskan minyak, goreng bancuhan tadi hingga selesai.
  • Siap. 
P/S : Sedap makan cicah sos cili thai. Kalau lagi terer lehla buat cicah sendiri. Tapi jangan lupe kongsi resepi buat cicah tu k! Nak jugak... hehehe!!

Sekian..

Sambal Tempoyak

SAMBAL TEMPOYAK


Bahan-bahan :-
  • Tempoyak - 2 sudu
  • Cili api - 7 biji
  • Cili besar - 1 biji

Cara ummi memasak :)

  • Satukan semua bahan dalam lesung batu dan tumbuk hingga lumat
  • Siap :)
Sekian..

Ayam Masak Lemak

AYAM MASAK LEMAK


Bahan-bahan :-
  • Ayam - 1/2 ekor (Potong ikut suka)
  • Santan - 200 gram
  • Air - 1 cawan
  • Kunyit hidup - 1 cm (Tumbuk)
  • Cili api - 7 biji (Tumbuk)
  • Serai - 1 batang (Titik)
  • Garam 



Cara ummi memasak :)
  • Masukkan ayam, bahan tumbuk (kunyit hidup dan cili api), serai, air dan santan ke dalam periuk. Kacau selalu agar santan tak pecah dan biarkan hingga ayam empuk.
  • Kemudian perasakan dengan garam mengikut citarasa masing2.
  • Siap untuk dihidangkan.
Mudah kan?? 

Sekian..

Jumaat, 27 Julai 2012

Daging Goreng

Arini jumaat, rehat lame sikit sampai kol 2.45 ptg.. Lehla balik umah. Lagipon malam ni lepas buka puasa nak balik kampung. Dah balik umah ni lehla kemas2 ape yg patut. Kemas baju, kemas umah.. yela, nak tinggal 2 hari ni xnakla tinggal umah bersepah kan :) Bila dah siap2 kemas tu, tengok jam baru kol 1.25.. Nak buat ape yer?? Nak tido setakat 1 jam tu mane puas, jadi saya buatla agenda masak memasak untuk berbuka nanti.. So, inilah hasilnya :-

DAGING GORENG





Bahan-bahan :-
  • Daging
  • Kunyit serbuk
  • Garam
  • Bawang besar - 1/2 labu (Hiris)
  • Bawang putih - 2 ulas (Hiris)
  • Halia - 1/2 cm (Hiris)
  • Serai - 1 batang
  • Cabai besar - 1 biji (Hiris)
  • Minyak
  • Air - 1 cawan

Cara saya masak :)
  • Gaulkan daging dengan garam dan kunyit serbuk.
  • Panaskan minyak, gorengkan daging tadi hingga kering air daging.
  • Tambahkan air (jika perlu), bukan ape, nak bagi daging tu sampai betul2 empuk dan tak liat. Biarkan sampai air tu kering.
  • Kemudian, masukkan serai, halia, bawang besar, bawang putih dan cabai besar yang dihiris tadi. 
  • Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Senang jer.. macam biase,kita main campak-campak jer k!
Cer try kalo xpecaye.. hehehe!!

Sekian..

Rabu, 25 Julai 2012

Kari Ayam

KARI AYAM


Bahan-bahan :-
  • Ayam - 1/2 ekor
  • Rempah kari daging
  • Pes cili kering - 1 sudu
  • Bawang kecil - 2 biji (Hiris)
  • Bawang putih - 2 ulas (Hiris)
  • Halia - 1/2 cm (Hiris)
  • Bunga lawang
  • Bunga cengkih
  • Buah pelaga
  • Kulit kayu manis
  • Ubi kentang - 3 biji (Belah 4)
  • Santan - 200g
  • Kerisik - 2 sudu
  • Air - 1 cawan
  • Daun kari - 1 tangkai
  • Minyak
  • Garam

Cara ummi memasak :)
  • Panaskan minyak, tumiskan halia, bawang merah, bawang putih, daun kari, bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga hingga naik bau.
  • Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan pes cili dan air hingga garing dan pecah minyak.
  • Masukkan ayam, sedikit air dan kerisik hingga ayam empuk.
  • Masukkan ubi kentang dan santan. Kacau selalu supaya santan x pecah.
  • Kemudian perasakan dengan garam mengikut citarasa masing2.
  • Masak lagi hingga ubi kentang empuk dan siap untuk dihidangkan.
Simple jer..kalau perasan saye ni masak jenis 'campak-campak' jer kan..hehehe!! Ok, lehla try kalau sudi..huhu..ayat cam sedih jer bunyi.. 

Sekian... :)

Isnin, 23 Julai 2012

Ayam Masak Daun Kunyit

AYAM MASAK DAUN KUNYIT



Bahan-bahan :-


  • Ayam - 1/2 ekor
  • Ubi kentang - 3 biji (Belah 4)
  • Daun kunyit - 1 helai (Diracik halus)
  • Kulit kayu manis
  • Bunga lawang
  • Bunga cengkih
  • Asam keping -1 keping
  • Santan - 1 cawan
  • Air - 1 cawan
  • Garam
  • Gula
  • Minyak
Bahan Kisar :-
  • Cili api - 7 biji (Kalau nak pedas tambah lagi k!)
  • Bawang besar - 1 labu
  • Bawang putih - 3 ulas 
  • Bawang kecil - 2 biji
  • Halia - 1 cm
  • Kunyit hidup - 1 cm 
  • Lengkuas - 1/2 cm
  • Serai - 1 batang
  • Jintan manis - 1 sudu
  • Air
Cara ummi memasak :)
  • Panaskan minyak, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan bahan kisar hingga pecah minyak dan naik bau.
  • Masukkan ayam, ubi kentang dan air, biarkan mendidih hingga ayam empuk.
  • Masukkan santan dan asam keping. Timbuk selalu supaya santan x pecah.
  • Masukkan hirisan daun kunyit.
  • Perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa masing2.
  • Sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas. 
Simple kan?? Selamat mencuba :)