Kebahagiaan Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Memaparkan catatan dengan label Jangkitan Telinga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jangkitan Telinga. Papar semua catatan

Rabu, 22 Mei 2013

Jangkitan Telinga lagi :(

Sebulan lebih gak kan aku menyepi tanpa berita.. Hmm.. Sebab xde berita la aku menyepi.. huhu!! Tapi xpe, ketepikan sunyi sepi tu sebab aku ada info yang nak dikongsikan dengan sesiapa sahabat2 yg mempunyai masalah seperti anak aku. 

Pernah x baca entry aku sebelum ni nisa sakit telinga.. x silap aku mase tu last appoinment dengan ENT adalah pada Mei 2012 sebab telinga nisa dah x keluar nanah lagi.

Baru2 ni, 5 April 2013 nisa mengadu kate telinga dia sakit. Aku tengok telinga dia merah dan ada cecair. Alahai.. xkan jadi balik kot.. Aku rasa badan dia pulak panas.  Mesti dia demam sebab telinga dia sakit ni. Lepas tu aku cuba pedap2 cairan tu dengan kapas dan aku terkejut sebab ada darah! Eh.. sebelum ni nanah je, xdela sampai berdarah. Hati aku dah mula risau. Aku tanya "kakak ada korek2 telinga dengan benda tajam ker".. Dia kate "Takde".. Jadi aku kaji tang lain pulak, 2, 3 hari kebelakangan ni nisa kerap selesema dan bagi ubat selesema klinik jenis 'alleryl', tetap x stop jugak. Ni mesti sebab selesema xberenti ni, tapi xkan sampai berdarah kot?? Banyaknye persoalan dalam kepala otak aku mase tu.. 


 
Nisa mase x sihat.. kesian..

Telinga nisa lepas cuci nanah dan darah

Hasilnya.. boleh perah taw. Sori gambar x berapa clear..

So, esok tu aku terus bawak nisa pegi hospital dan doktor check memang telinga nisa discharge banyak sangat sampai doktor x boleh nampak gegendang dia. Memandangkan hari tu hari cuti, doktor bagi appoinment dengan klinik pakar ENT pada hari isnin, 8 April 2013. Doktor yang handle kes nisa doktor rebecca.. Aritu doktor sedut cairan dalam telinga nisa, menangis jugak dia sebab sakit katenye. Bila doktor teropong rupa2nya gegendang telinga nisa berlubang balik. Lorrr.. kesian anak ummi.. 

Kalau sebelum ni nisa dapat ubat titis telinga jenis Sofradex, kali ni nisa dapat ubat ni pula..

Ubat minum : Rhinitin Syrup (5 botol)
Ubat Titis Telinga : Effexin

~ 2 jenis jer ~

~ Arahan pengambilan ubat ~

Doktor kata, ubat minum tu adalah untuk selesema dan perlu diminum setiap hari sampai habis walaupun tidak selesema.

Ubat titis telinga jenis Effexin yang dapat kali ni aku rasa lebih berkesan daripada Sofradex kerana dalam masa 2 minggu aku titiskan dalam telinga nisa, nanah dan darah tak keluar lagi. Alhamdulillah.. Walaupun begitu, teruskanlah penggunaannya sehingga habis.

Appoinment ke-2 pada 13/5/2013, doktor rebecca check gegendang nisa masih berlubang tapi dah kering. Doktor cuma tambah ubat yang sama dan teruskan pengambilan hingga appoinment ke-3 pada bulan Ogos nanti.

Sebagai ibu, aku memang agak risau tambah2 melibatkan kesihatan anak2. Aku harap telinga nisa akan pulih sepenuhnya dan takkan berulang lagi :)

P/S :

  • Elakkan anak2 kita dari mandi kolam.
  • Pastikan telinga disumbat ketika dimandikan.
  • Bagi anak2 yang dihantar di nurseri, pesan pada cikgu supaya jangan mandikan anak2 kita, almaklumla bila seronok sangat mandi dengan kawan2, simbah sana simbah sini masuk dalam lubang telinga.. Macam aku, sebelum hantar ke sekolah, aku sumbat telinga nisa dengan kapas dan tampal dengan tape medipore.
  • Pesan pada anak2 kita, jangan masukkan @ korek dalam telinga dengan benda asing @ tajam.

Sekian, terima kasih.

Khamis, 8 Disember 2011

Jangkitan Telinga

Hari ni bawa nisa pegi jumpa pakar ENT kat Hospital Putrajaya. Dah 2 minggu telinga nisa bernanah sampai berbau. Sebenarnya nisa dah mengalami telinga bernanah ni sejak umur 6 bulan lagi, sekarang dah 3 tahun. Lame kan.. Tapi penyakit ni on off sebab kalau hidung nisa selsema berpanjangan dan demam, mesti telinga dia akan jadi camtu.. Sian kan.. Ingat lagi mase kecik2 dulu, nisa cukup anti dengan doktor ENT ni, tambah2 time doktor tu nak teropong ngan kamera n nak sedut nanah dalam lubang telinga dia .. Meronta2 sampai jenuh ummi ngan ayah pegang.. Menangis xyah cakapla.. bergema dalam bilik doktor tu cam kena dera je bunyinyer.. nisa..nisa.. Tapi sejak dah besar ni, macam tadi.. masuk je bilik doktor, terus dia stand by duduk atas kerusi dan cam xsabar2 suruh doktor tu teropong telinga dia.. Lorrr... suke pulak?? Yela, dari umur dia baby lagi smpai dah besar sekarang selalu sangat jumpe doktor, bile tanya dah besar nak jadi ape, mesti jawapannya "Ica nak jadi doktor".. InsyaAllah.. Itulah gelagat anak ke-2 saya, Nur Aina Annisa binti Mohd Yusarizman.. Selesai sume, doktor bagi ubat titis telinga Sofradex, ubat sembur kat dalam hidung dan ubat air (makan) untuk selsema.. Kita cuba ye nisa..

Kat sini saya ada copy paste kat infosihat (Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia) pasal jangkitan telinga untuk perkongsian bersama..

JANGKITAN TELINGA

Pengenalan 
Jangkitan telinga adalah masalah kesihatan yang kerap dihidapi oleh kanak-kanak. Ianya menyebabkan gangguan tidur dan pemakanan kanak-kanak. Mereka mungkin akan sentiasa menangis tanpa diketahui sebabnya. Kebanyakan kanak-kanak mendapat sekurang-kurangnya 1 jangkitan telinga sebelum berusia 2 tahun.

Apakah perbezaan jenis jangkitan telinga ?
Ada 2 jenis jangkitan telinga:
  • Otitis media adalah jangkitan telinga yang berlaku apabila virus, bacteria atau kulat menyerang tiub eustachian (saluran yang menghubung sinus dibelakang hidung ke telinga tengah)
Acute otitis mediaOtitis media
  • Otitis externa ialah jangkitan telinga yang berlaku di saluran telinga luar.
Otitis externa Otitis externa


Apakah faktor seseorang itu cenderung mendapat jangkitan telinga ?
  • Jangkitan disaluran pernafasan yang berulang-ulang
  • Adik beradik yang dijaga di pusat harian.
  • Bayi yang diberi susu botol
  • Terdedah kepada asap rokok
  • Pembesaran adenoids
  • Sumbing bibir
  • Alahan menyebabkan kanak-kanak lebih terdedah kepada jangkitan telinga
Bagaimanakah kita mengetahui kanak-kanak mendapat jangkitan telinga?

Kebiasaan kanak-kanak akan mendapat jangkitan telinga selepas mendapat selesema atau jangkitan di salur pernafasan. Tanda-tanda biasa ialah:
  • Kesakitan dalam telinga
  • Resah dan mudah meradang
  • Tidur yang selalu terganggu
  • Selalu merentap dan menarik cuping telinga
  • Nanah keluar dari telinga
  • Kurang selera makan
  • Lelehan hidung
  • Selalu menangis sebelah malam semasa tidur
  • Kurang terangsang dengan bunyi yang perlahan
Apakah tanda-tanda yang dicari oleh doktor apabila pesakit disyaki menghidap jangkitan telinga?
Mengalami demam panas, tekak yang merah dan meradang dan mengalami lelehan hidung.
Semasa pemeriksaan telinga, saluran telinga nampak merah dan selaput tympanic bengkak dan ada-kalanya bernanah.

Apakah komplikasi yang akan timbul akibat jangkitan telinga?

Kebanyakkan kanak-kanak akan sembuh sepenuhnya tetapi sebahagiannya mungkin akan mengalami :
  • Telinga bernanah yang kronik
  • Kurang pendengaran
  • Lembap dalam pembelajaran terutama jika rawatan yang diberikan lewat atau tidak sempurna.
Bagaimanakah rawatan jangkitan telinga? 
Dapatkan nasihat dan rawatan awal dari doktor jika terdapat tanda-tanda jangkitan telinga.
Jika jangkitan telah dikenalpasti, rawatanya adalah:
  • Ubat mencairkan kahak (samada secara topical or sistemik)
  • Ubat demam
  • Antibiotik diberi jika jangkitan disebabkan oleh bakteria
  • Ubat titis telinga jika nanah keluar dari telinga.
  • Gunakan teknik ‘ear weaking’ untuk mengeringkan nanah dalam telinga
Jangkitan telinga yang berulang-ulang:
  • Mungkin disebabkan oleh alahan dan harus dirawat mengikut puncanya.
  • Lakukan ujian pendengaran dan pergerakan gegendang telinga pada satu ketika kemudian
Adakah terdapat langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah jangkitan telinga?
Ya, langkah yang baik ialah :
1. Susukan bayi anda dengan susu ibu.
2. Jauhkan anak anda dari mereka yang mengalami batuk dan selesema bagi mengelakkan jangkitan.
3. Ajar anak anda supaya selalu mencuci tangan dengan bersih.
4. Elakkan dari menyentuh mata dan hidung.
5. Elak :-
    • Terdedah kepada asap rokok
    • Penggunaan puting
    • Penyusuan susu botol semasa baring
    • Alahan yang diketahui
Selalu ingat “Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan”

Apakah kesan dalam jangka masa panjang?
Kebanyakan kanak-kanak tidak mengalami komplikasi untuk jangka masa panjang. Kanak-kanak yang semakin membesar akan mempunyai tiub eustachian yang berfungsi dengan lebih baik, jangkitan batuk, selesema dan telinga juga akan berkurangan.

Lagi cerita pasal jangkitan telinga annisa :-
Jangkitan Telinga lagi