Kebahagiaan Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Khamis, 8 Disember 2011

Jangkitan Telinga

Hari ni bawa nisa pegi jumpa pakar ENT kat Hospital Putrajaya. Dah 2 minggu telinga nisa bernanah sampai berbau. Sebenarnya nisa dah mengalami telinga bernanah ni sejak umur 6 bulan lagi, sekarang dah 3 tahun. Lame kan.. Tapi penyakit ni on off sebab kalau hidung nisa selsema berpanjangan dan demam, mesti telinga dia akan jadi camtu.. Sian kan.. Ingat lagi mase kecik2 dulu, nisa cukup anti dengan doktor ENT ni, tambah2 time doktor tu nak teropong ngan kamera n nak sedut nanah dalam lubang telinga dia .. Meronta2 sampai jenuh ummi ngan ayah pegang.. Menangis xyah cakapla.. bergema dalam bilik doktor tu cam kena dera je bunyinyer.. nisa..nisa.. Tapi sejak dah besar ni, macam tadi.. masuk je bilik doktor, terus dia stand by duduk atas kerusi dan cam xsabar2 suruh doktor tu teropong telinga dia.. Lorrr... suke pulak?? Yela, dari umur dia baby lagi smpai dah besar sekarang selalu sangat jumpe doktor, bile tanya dah besar nak jadi ape, mesti jawapannya "Ica nak jadi doktor".. InsyaAllah.. Itulah gelagat anak ke-2 saya, Nur Aina Annisa binti Mohd Yusarizman.. Selesai sume, doktor bagi ubat titis telinga Sofradex, ubat sembur kat dalam hidung dan ubat air (makan) untuk selsema.. Kita cuba ye nisa..

Kat sini saya ada copy paste kat infosihat (Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia) pasal jangkitan telinga untuk perkongsian bersama..

JANGKITAN TELINGA

Pengenalan 
Jangkitan telinga adalah masalah kesihatan yang kerap dihidapi oleh kanak-kanak. Ianya menyebabkan gangguan tidur dan pemakanan kanak-kanak. Mereka mungkin akan sentiasa menangis tanpa diketahui sebabnya. Kebanyakan kanak-kanak mendapat sekurang-kurangnya 1 jangkitan telinga sebelum berusia 2 tahun.

Apakah perbezaan jenis jangkitan telinga ?
Ada 2 jenis jangkitan telinga:
  • Otitis media adalah jangkitan telinga yang berlaku apabila virus, bacteria atau kulat menyerang tiub eustachian (saluran yang menghubung sinus dibelakang hidung ke telinga tengah)
Acute otitis mediaOtitis media
  • Otitis externa ialah jangkitan telinga yang berlaku di saluran telinga luar.
Otitis externa Otitis externa


Apakah faktor seseorang itu cenderung mendapat jangkitan telinga ?
  • Jangkitan disaluran pernafasan yang berulang-ulang
  • Adik beradik yang dijaga di pusat harian.
  • Bayi yang diberi susu botol
  • Terdedah kepada asap rokok
  • Pembesaran adenoids
  • Sumbing bibir
  • Alahan menyebabkan kanak-kanak lebih terdedah kepada jangkitan telinga
Bagaimanakah kita mengetahui kanak-kanak mendapat jangkitan telinga?

Kebiasaan kanak-kanak akan mendapat jangkitan telinga selepas mendapat selesema atau jangkitan di salur pernafasan. Tanda-tanda biasa ialah:
  • Kesakitan dalam telinga
  • Resah dan mudah meradang
  • Tidur yang selalu terganggu
  • Selalu merentap dan menarik cuping telinga
  • Nanah keluar dari telinga
  • Kurang selera makan
  • Lelehan hidung
  • Selalu menangis sebelah malam semasa tidur
  • Kurang terangsang dengan bunyi yang perlahan
Apakah tanda-tanda yang dicari oleh doktor apabila pesakit disyaki menghidap jangkitan telinga?
Mengalami demam panas, tekak yang merah dan meradang dan mengalami lelehan hidung.
Semasa pemeriksaan telinga, saluran telinga nampak merah dan selaput tympanic bengkak dan ada-kalanya bernanah.

Apakah komplikasi yang akan timbul akibat jangkitan telinga?

Kebanyakkan kanak-kanak akan sembuh sepenuhnya tetapi sebahagiannya mungkin akan mengalami :
  • Telinga bernanah yang kronik
  • Kurang pendengaran
  • Lembap dalam pembelajaran terutama jika rawatan yang diberikan lewat atau tidak sempurna.
Bagaimanakah rawatan jangkitan telinga? 
Dapatkan nasihat dan rawatan awal dari doktor jika terdapat tanda-tanda jangkitan telinga.
Jika jangkitan telah dikenalpasti, rawatanya adalah:
  • Ubat mencairkan kahak (samada secara topical or sistemik)
  • Ubat demam
  • Antibiotik diberi jika jangkitan disebabkan oleh bakteria
  • Ubat titis telinga jika nanah keluar dari telinga.
  • Gunakan teknik ‘ear weaking’ untuk mengeringkan nanah dalam telinga
Jangkitan telinga yang berulang-ulang:
  • Mungkin disebabkan oleh alahan dan harus dirawat mengikut puncanya.
  • Lakukan ujian pendengaran dan pergerakan gegendang telinga pada satu ketika kemudian
Adakah terdapat langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah jangkitan telinga?
Ya, langkah yang baik ialah :
1. Susukan bayi anda dengan susu ibu.
2. Jauhkan anak anda dari mereka yang mengalami batuk dan selesema bagi mengelakkan jangkitan.
3. Ajar anak anda supaya selalu mencuci tangan dengan bersih.
4. Elakkan dari menyentuh mata dan hidung.
5. Elak :-
    • Terdedah kepada asap rokok
    • Penggunaan puting
    • Penyusuan susu botol semasa baring
    • Alahan yang diketahui
Selalu ingat “Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan”

Apakah kesan dalam jangka masa panjang?
Kebanyakan kanak-kanak tidak mengalami komplikasi untuk jangka masa panjang. Kanak-kanak yang semakin membesar akan mempunyai tiub eustachian yang berfungsi dengan lebih baik, jangkitan batuk, selesema dan telinga juga akan berkurangan.

Lagi cerita pasal jangkitan telinga annisa :-
Jangkitan Telinga lagi

2 ulasan:

  1. Salam..nak tanya..anak puan duduk nursery ke?sekarang ni cam mana condition nisa..da ok ke...anak saya baru jumpa pakar ENT...sbb telinga bernanah..risau juga...sbb da hampir seminggu....masih belum elok.....mmg makan masa yg lama ye untuk elok.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam..
      Ye betul,annisa memang duduk nursery..selepas entry ni,telinga nisa ada bernanah + berdarah semula pada April 2013 (Saya ade share di label 'Jangkitan Telinga')..Cam biase saye rujuk semula ke ENT dan alhamdulillah keadaan nisa sekarang dah ok,cuma selalu waspada dan saya memang elakkan dia daripada aktiviti air cam mandi sungai/kolam..Untuk kembali sembuh memang memakan masa yang agak lama,macam nisa sampai sekarang gegendang telinga dia masih ada lubang xbercantum lagi..Next appoinment bulan 2/2014 ni.Kite bagi makan ubat dan pakai ubat titis sampai habis.InsyaAllah akan sembuh :)

      Padam