Sebulan lebih gak kan aku menyepi tanpa berita.. Hmm.. Sebab xde berita la aku menyepi.. huhu!! Tapi xpe, ketepikan sunyi sepi tu sebab aku ada info yang nak dikongsikan dengan sesiapa sahabat2 yg mempunyai masalah seperti anak aku.
Pernah x baca entry aku sebelum ni nisa sakit telinga.. x silap aku mase tu last appoinment dengan ENT adalah pada Mei 2012 sebab telinga nisa dah x keluar nanah lagi.
Baru2 ni, 5 April 2013 nisa mengadu kate telinga dia sakit. Aku tengok telinga dia merah dan ada cecair. Alahai.. xkan jadi balik kot.. Aku rasa badan dia pulak panas. Mesti dia demam sebab telinga dia sakit ni. Lepas tu aku cuba pedap2 cairan tu dengan kapas dan aku terkejut sebab ada darah! Eh.. sebelum ni nanah je, xdela sampai berdarah. Hati aku dah mula risau. Aku tanya "kakak ada korek2 telinga dengan benda tajam ker".. Dia kate "Takde".. Jadi aku kaji tang lain pulak, 2, 3 hari kebelakangan ni nisa kerap selesema dan bagi ubat selesema klinik jenis 'alleryl', tetap x stop jugak. Ni mesti sebab selesema xberenti ni, tapi xkan sampai berdarah kot?? Banyaknye persoalan dalam kepala otak aku mase tu..
Nisa mase x sihat.. kesian..
Telinga nisa lepas cuci nanah dan darah
Hasilnya.. boleh perah taw. Sori gambar x berapa clear..
So, esok tu aku terus bawak nisa pegi hospital dan doktor check memang telinga nisa discharge banyak sangat sampai doktor x boleh nampak gegendang dia. Memandangkan hari tu hari cuti, doktor bagi appoinment dengan klinik pakar ENT pada hari isnin, 8 April 2013. Doktor yang handle kes nisa doktor rebecca.. Aritu doktor sedut cairan dalam telinga nisa, menangis jugak dia sebab sakit katenye. Bila doktor teropong rupa2nya gegendang telinga nisa berlubang balik. Lorrr.. kesian anak ummi..
Kalau sebelum ni nisa dapat ubat titis telinga jenis Sofradex, kali ni nisa dapat ubat ni pula..
Ubat minum : Rhinitin Syrup (5 botol)
Ubat Titis Telinga : Effexin
~ 2 jenis jer ~
~ Arahan pengambilan ubat ~
Doktor kata, ubat minum tu adalah untuk selesema dan perlu diminum setiap hari sampai habis walaupun tidak selesema.
Ubat titis telinga jenis Effexin yang dapat kali ni aku rasa lebih berkesan daripada Sofradex kerana dalam masa 2 minggu aku titiskan dalam telinga nisa, nanah dan darah tak keluar lagi. Alhamdulillah.. Walaupun begitu, teruskanlah penggunaannya sehingga habis.
Appoinment ke-2 pada 13/5/2013, doktor rebecca check gegendang nisa masih berlubang tapi dah kering. Doktor cuma tambah ubat yang sama dan teruskan pengambilan hingga appoinment ke-3 pada bulan Ogos nanti.
Sebagai ibu, aku memang agak risau tambah2 melibatkan kesihatan anak2. Aku harap telinga nisa akan pulih sepenuhnya dan takkan berulang lagi :)
P/S :
- Elakkan anak2 kita dari mandi kolam.
- Pastikan telinga disumbat ketika dimandikan.
- Bagi anak2 yang dihantar di nurseri, pesan pada cikgu supaya jangan mandikan anak2 kita, almaklumla bila seronok sangat mandi dengan kawan2, simbah sana simbah sini masuk dalam lubang telinga.. Macam aku, sebelum hantar ke sekolah, aku sumbat telinga nisa dengan kapas dan tampal dengan tape medipore.
- Pesan pada anak2 kita, jangan masukkan @ korek dalam telinga dengan benda asing @ tajam.
Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum ummi Nisa,, sy juga mengalami masalah telinga yang sama. Sebelum tu pg hospital sbb telinga belah Kiri berair dan gatal,so M.A bagi ubat titis chloramphenikol, gloxacilyn dan chlorpaniramine. Masalah telinga beransur pulih, jadi sy dah start lupakan gloxa(sepatutnya kena habiskan)..
BalasPadamSatu hari sy mandi di pantai, air laut masuk telinga, start gatal balik. Pegi klinik daerah kecil lagi, M.A bagi ubat titis sama lagi,tp kali ni antibiotic amoxicilyn.. Badan dah resistance t'hadap amoxi, xda perkembangan baik, malahan setiap Kali letak ubat titis, cecair jernih keluar berterusan semalaman terutama jika keaadaan sejuk..
Sy request jumpa doktor dan sy complain, ubat titis xsesuai utk sy dan minta tukar antibiotic kepada gloxa kembali sebab pengambilan amoxi mengakibatkan keputihan teruk kepada sy..
Cecair putih trus menerus keluar dari lubang telinga xkira siang atau malam.Lama kelamaan cecair bertukar warna jadi kekuningan. Sy korek dengan putik kapas untuk bersihkan, namun keadaan semakin parah apabila telinga sy membengkak. Sakitnya Allah saja yang tau. Sy xboleh kuatkan suara bila bercakap, xboleh buka mulut besar untuk suap makanan dan paling sengsara sy xboleh tidur.area anak telinga bengkak. Sy ke klinik lagi. Kali ni sy minta ubat surut bengkak dan pain killer, ibuprofen. Apa yg sy dapati, bengkak xjuga surut dan pain killer lambat bertindak.
Sy nekad ke hospital besar Beaufort, di sna Sy dirujuk kpd M.A dahulu dan M.A rujuk kepada doktor yang bertugas waktu itu. Doctor tersebut arahkan sy ke pakar telinga di Hospital Queen
Elizabeth, di ibu kota. Memandangkan hari tersebut ada lah hari jumaat dan temujanji sy dgn doctor pakar telinga ialah pada hari isnin depan, doctor pakar sarankan sy ambik ubat titis effexin dan antibiotic augmentin 625mg. Alhamdulillah, ada perubahan sedikit pada telinga sy yg mana cecair kuning xkeluar lagi.
Hari ini sabtu, so ada 2 hari lagi appmn sy ke doctor pakar.sy berharap sangat jgn lah ada masalah yg lebih serious terutama sekali jgnlah ada Masa lah pads
gegendang telinga sy...
Assalamualaikum sis..sy pun ada masalah sama mcm sis... Sy baru blik dr ENT Hospital Shah Alam..sy dpt ubat ttis effexin,panadol,ubat tahan sakit dan antibiotics..sy nak tanya ubat titis effexin ni ade kesan ke mksudnya sakit x kalau kita ttis dlm telinga tu? Sblm ni sy dpt ubat titis clotrimazole yg sgt2 sakit bila d letakkn d dlm telinga..adakah effexin pun sama?
PadamBerapa lama boleh saya guna ubat Efdexin
BalasPadamBerapa lama boleh saya guna ubat Effexin
BalasPadamSebelum ni sy diberi ubat sofradex ...
BalasPadamTapi kali ni (03/07/2020 jumpa doktor ENT) diberi ubat effexin ..
1st time letak.. MLM tu tidur keluar discharge...
Saya ingatkan .. ubat mengalir,.
Next day sy tak letaklah..
Tapi discharge still keluar..
Biasanya MLM yg keluar discharge waktu tidur .
So siang sy bolehlah pegi kerja macam biasa ..
Tapi hari ni .. (08/07/2020@ kat klinik ENT dah ni)..
Terpaksa serah diri lg Sebb rasa sakit..
Pg td cuba keringkan dengan cotton bud ada darah dan berdenyut denyut...
So tunggu nak jumpa doktor lah ni 😪😪😪😪
salam nak tanya.. ubat titis yg ni sakit tak bila titiskan.. sebab sy pun mengalami gegendang pecah dan bernanah.. takut nak titis, takut sakit ya amat..
BalasPadam