Kebahagiaan Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Isnin, 14 Oktober 2013

cerite ceriti ceritu..

Lame naa x hapdet blog usang aku ni.. dalam2 xhapdet ni sebenarnya banyak cerite yang tertinggal yg sepatutnya aku sisipkan dalam belog ni supaya tiada yang rase dilupakan.. 

Tanggal 18 September 2013, anakku Aiman genap umur 7 tahun. Happy Besday sayang.. ummi xpernah lupa dan ummi dah wish kan, cuma baru arini sempat ummi sisip kat blog ni untuk tatapan di hari mendatang.. Semoga menjadi insan yang berguna dan anak yang soleh di dunia dan akhirat..

16 September tu Hari Malaysia kan?? Hmm.. aritu jugakla anak bongsuku Assyifa kena 'chicken pox'.. Makanye bergilir2la aku ngan CeKMan ambik cuti jaga budak kecik ni.. Elok pulak 17 September tu CekMan kena lapor diri kat tempat keje baru.. nasib awakla bang, walaupun baru 1st day, isi jela borang cuti kate jage anak 'chicken pox'.. So, berderetla kami laki bini cuti dari 17 - 27 September 2013 (ummi je 5 hari..huhu!!)

Apelagi yer?? Itu jela kot..

Esok hari raya Aidil Adha.. kalo ikut turn kali ni belah CekMan. Memandangkan maknye ade kat sini, mintak izin arini aku keje je la yer sebab cuti aku pon memang dah paras2 hidung dah pon, tunggu nak tenggelam jer haa.. 

Kepada rakan2 yang sudi menjengah ke belog usang ni, tuan belog ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha, Maaf Zahir dan Batin.. Kepada yang pulang ke kampung halaman, berhati-hati di jalanraya, semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju..

~Sekian~

Rabu, 4 September 2013

Jamuan Raya BKP 2013

Semalam 03.09.2013 (Selasa) ada wat jamuan raya kat opiz. Bukan setakat sajian makanan je, siap ade artis BKP wat persembahan. Ade tarian, nyanyian, lakonan dan lawak jenaka.. Bagi aku okla, agak menghiburkan dan kelakar.. Makanan pulak memang banyak pilihan, ade sate, nasi impit kuah lontong, bihun sup, nasi dagang, ketupat lemang, kuih-muih, rojak buah dan pelbagai desert. Tapi memandangkan perut aku xberape sedap aritu xdela aku merase sume.. Gambar ni sekitar sebelum dan semasa majlis berlangsung.. Tapi banyak gak gambar yang syok sendiri.. hihihi!!! Sape nak tengok lehla tengok.. 

Owner Belog :)


Prop Syoknya Raya! @ BKP


MENU DI HARI ITU....


 Tarian pembukaan dari artis BKP


Aku dan Member2 Bucuk2 Tersayang :)

Arina, Kak Jue, Saida n Me

Saida, Arina, CC Muliani n Me


Us wif our EO Puan Roosni


Tabik Malaysia!!!


 Saya sayang Malaysia !!!

Selamat Hari Merdeka.. Peace!!!

Me n Saida

Mintak ampun yer...



"Arini aku makan sedap2, laki ngan anak2 aku makan apela pulak arini agaknye???"

Happy Birthday to U Abang

Hari ini hari Rabu. Tarikh hari ini adalah 04.09.2013. Dan 04.09.2013 adalah tarikh hari kelahiran suami kesayangan hamba.. Alhamdulillah..

Selamat Hari Lahir yang ke-32 tahun abang!!
Dah tua dah yer :)

Abang / Ayah,

Semoga sentiasa dilimpahi rahmat Allah Ta'ala, diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan berbahagia selalu disamping kami yang menyayangimu. Semoga dengan pertambahan usia ini, abang akan menjadi contoh dan pembimbing terbaik dalam membina keluarga kita dunia dan akhirat. Amin..


Birthday Boy :)

Ummi, Aiman, Annisa dan Assyifa amat menyayangimu.. Sayang ayah!!!

Aiman dah takde GiGi

23.08.2013 (Jumaat)

Bawak aiman cabut gigi kat Klinik Pergigian Bestari Kajang. Rompong dah aiman.. hihi.. 

Aiman ni bukannya jenis suke makan gula2. Jadi gigi aiman ni goyang bukanla sebab benda2 tu. Ade sejarahnya tau.. 1 hari tu seronok sangat dok bergumpal dengan adik2 sampai terhantuk  kepala si adik kat mulut aiman. Last2 datang ngadu sakit, tengok2 lorrrrr.... gigi aiman goyang daa.. bukan sebatang tapi 2!!! Siap dah ade tumbuh gigi baru kat belakang gigi yg goyang tu.. Abisla gigi aiman dah xcantik lepas ni, mesti berlapis2 :/ Nak wat camane, mase main x hengat kan.. Penangan kepala adik nisa, ni la habuan yg dapat, aiman dah nak jadi atok xde gigi.. Confirm aiman akan ingat sampai bile2.. 

- Dah ade gigi baru kat belakang gigi yg cabut tu -



- Aiman dah xde gigi... terbaek!!!!!! -

Isnin, 19 Ogos 2013

Sabarlah hati :)

Kadang2 kita rasa kita dah buat yang terbaik untuk orang disekeliling kita, tapi betullah kata orang bahawa dalam hidup ni kita memang takkan boleh memuaskan hati semua orang. Terpulanglah pada yang melihat dan nilailah dengan mata hati. Yang penting kita telah cuba buat sehabis yang terbaik dan cukuplah orang terhampir yang menjadi tempat bersandar kasih memahami dan tahu setiap apa yang berlaku. Terima kasih. 

** Manusia tidak pernah sempurna..

Rabu, 26 Jun 2013

Hujan batu di Putrajaya

Jerebu ni panas kan.. Tengok rumput ngan pokok2 pun kering macam nak mati jer.. Kulit aku gatal2 sampai melecet2. Anak2 pulak semua kena selsema dan ada batuk sikit2. Teruja sangat semalam hujan dah turun. Harap2 makin berkurang la jerebu kat Putrajaya ni.. Tapi yang paling aku lagi teruja sebab semalam dapat tengok hujan batu dengan mata kepala aku sendiri.. Subhanallah.. 

Masa tu kitorang 1 family dalam kereta nak pi tapaw makanan kat medan selera Presint 11. Sepanjang perjalanan memang hujan turun dengan selebat2nya. Aku tengok angin memang kuat, dah macam nak tercabut pokok ghopenye. Dah nak dekat sampai area medan selera tu, tibe2 kitorang dengar berdentum dentam bunyi atas bumbung kereta.. Macam kena baling batu. Bila tengok kat cermin depan rupa2nya memang hujan batu pun.. Risau gak cermin pecah, tapi alhamdulillah semua ok :) Tengok berita kat TV3 malam tadi, kat Singapura pon ada hujan batu jugak.. kuasa Allah Ta'ala kan.. Alhamdulillah..

Nota kaki : Esok last exam KPSL paper Undang-Undang Umum.. Wish me luck!!

Khamis, 6 Jun 2013

Sejuknye weiiiii!!!


Sejuknye la haii aircond kat opiz aku ni wei... sejuk yang teramat100x sangatnye la sangat2 (sejuk sangatla tu maknanye).. Tolongla buat sesuatu wahai pihak pengurusan bangunan dan pihak maintainance wei.. Nak tunggu kami org beku dulu ke baru nak ambik tindakan?

Hwarrgghhhh!!!!!!!!