Kebahagiaan Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Rabu, 27 Mac 2013

Result FBC aiman

Arini dah bawak aiman pegi klinik. Relek je dia masa nurse tu cucuk jarum tu.. Macam xde ape2 berlaku jer. Dalam hati aku, kebal betul budak ni. Pikir balik, mestila, budak boy mane boleh nangis, malu.... ahaks!! Tapi keputusannya masih tidak memberangsangkan sebab doktor cakap perbandingan result hari isnin ngan arini xjauh.. Mungkin sebab aiman x banyak minum air kot. X boleh confirm samada denggi atau tidak. Pulak.. Mintak dijauhkanla.

So, arini doktor bagi vitamin B complex untuk tambah selera makan.. Dapat2 jer ubat tablet. Alamak! boleh ke aiman telan ni sebab sebelum ni xpernah aiman makan ubat biji. Pandai2 la ummi tackle aiman yer, xnak gak telan ummi sergah jer, confirm terus tertelan.. haha!! 

Hari jumaat ni kena bawak aiman gi klinik lagi sekali check darah.. Harap2 result dia okla, xpayahla ulang alik klinik lagi amik darah. Abis darah aiman kang.. huhu!! Tapi ummi yakin xde ape2 sebab nampak aiman arini macam cerdas sikit, dah pandai mintak makan nasi telur dah :) Ape2 tunggu hari jumaat ni pulak ok.. Choww...

~ Sekian ~

Selasa, 26 Mac 2013

Aiman demam :(


Minggu ni cuti sekolah seminggu.. Jumaat tu aiman kemain suke lagi sebab dia tau start esok dia xyah pegi sekolah. Amboi.. kemain lagi yeak :)

Tup tup pagi sabtu (23/3/2013) badan aiman panas jer. Aiman ni budaknya aktif, tapi hari tu sepanjang masa dia baring je, susu xnak, makan xnak.. Mendadak selera dia hilang.. Xde dah dengar dia mintak nasi telur @ mee goreng kegemaran dia selalu. Demam pulak anak ummi ni.. Budak2 lain seronok cuti sekolah, aiman pulak demam yer.. Sian anak ummi.. Xpe, bersangka baik dengan Allah, Allah bagi sakit sebab Allah sayang kite ye nak :)

Kat rumah memang dah standby ubat demam. Jadi ummi bagi je aiman makan ubat tu. Bila bagi makan, dia muntah, terpaksalah ummi amik alternatif lain masukkan ubat punggung pulak. Walaupun dah bagi ubat, suhu panas badan aiman x jugak turun2. Risau kami.. 


Hari isnin ummi cuti jaga aiman, ummi bawak aiman ke klinik dan memandangkan demam aiman dah masuk hari ke-3, aiman kena pegi makmal ambik darah dulu. Masuk bilik doktor, doktor cakap platlet darah aiman turun tapi xbanyak. Takut denggi katenye.. Risau jugak sebab kawasan kuarters kami memang kawasan wabak sekarang ni.. Doktor bagi ubat dan bagi appoinment untuk ambik darah semula hari esok (rabu). Harap2 keputusannya demam biasa je la..

Arini ayah pulak cuti jaga aiman. Malam tadi sampaila saat ni ummi telefon ayah tadi, badan aiman masih panas lagi. Baring jer.. Ummi ngan ayah risau sangat. Aiman ni walaupun pendiam, tapi aktif sangat. Suka benar menyakat adik2, xsah kalo xnangis.. Tapi macam tu pun dia sayang adik2 dia. Nama pon adik beradik kan.. Rindu pulak dengan keletah dia 4 hari ni.. Hai anak ummi, lekaslah sihat yer.. 

Esok kita pegi klinik taw.. Harap2 keputusan darah aiman baik2 jer.. 

Sayang Aiman :)











Aku rase.....


Kartun kat atas ni memang saje jer tau.. jeles i..

Hakikatnye aku memang dah makin membolat dah skang ni. Ekceli family aku lak sumenye 'rendang2' belaka. Cam aku lak kalo dapat makan jenis xhengat, ape ade depan mate sume aku sebat.. Camane?? Tapi skang ni berat aku dah makin meningkat di papan utama BSKL.. huhu!!  Disebabkan berat aku dah semakin comel skang ni, adela satu dua masalah yang memang aku xdapat dan xleh dielakkan.. 

Antaranye adalah :-

  • Mulut2 orang yg xabes2 berkate pasal 'kecomelan' aku ni. Kalo pompuan tu aku xdela berape kesah sangat, lumrahla kan.. (tapi kalo suke belek2 usap2 perut aku kate ade baby pon aku xgemar gak! tambah2 depan orang..maluwei!!), Tapi ini laki orang okeh.. Laki Orang!! Eee.. Tolongla!
  • Kaki aku selalu cramp, maybe sebab kaki aku dah xleh tampung berat aku kot
  • Kepala ngan tengkuk aku selalu sangat sakit, ni mesti paras kolestrol aku tinggi ni.. Konfem!!
  • Dan macam2 lagila..

So, adakah ini membantu???

Atas dorongan kawan2, dengan penuh semangat aku pegi memborong benda2 kat atas ni dengan 150 juta harapan agar aku lebih sihat.. opps!! bukan sihat yang makin membolat tu yer.. 

Aku perlukan kalsium sebab selalu sangat cramp. Sebelum ni pegi klinik pon penah dapat ubat kalsium. Thanks a lot to my fwenz rina sebab bagitaw pasal susu SunLac tu. Aku ni bukanla penggemar susu, mase preggy dulu pon aku xde minum susu bagai ni.. Tapi umur dah masuk angka '3' ni kenalah jage sebab macam2 penyakit leh singgah.. Akak cuba minum sampai abis k! (mampu ker??).. 

At last, chaiyok chaiyok ina :)

~Sekian~

Jumaat, 15 Mac 2013

All In Black

Arini kat opis aku ada Mesyuarat Terhimpun PUSPANITA.. Nama aku termasuk sekali dalam senarai kehadiran. 1st time aku join mesyuarat camni setelah hampir 8 tahun aku jadi ahli. Ahli biasa je pon, bukan ahli seumur hidup. Tapi ahli jugak kan, bayar RM10 setahun.. hehehehe!! 

Aritu boss aku yang pegi umrah dan dah pun selamat tiba ke tanahair.. Alhamdulillah..

Ape kaitan dan motif aku cite pasal di atas lak kan?? So, meh aku nak tunjuk kat korang motif penceritaan aku adalah.. 

Tadaaaa....


Aku dapat 2 gift ni.. 1 tasbih dari boss aku yang balik umrah tu, 1 lagi beg Prada dari kelab PUSPANITA kat Jabatan aku. Dua2 warna hitam. Pasal tu la "All In Black".. hehe!! TQ.. iloiikee :)

Itu jer.. Sekian :)

Selasa, 12 Mac 2013

1 Million Women Purple Walk 2013

Arini pagi2 lagi dah dapat surat jemputan ni...


Ade pulak name ni..


Satu hal aku nak kena cari baju warna purple la pulak.. Memangla aku minat ngan warna purple ni, tapi koleksi baju kurung je la.. Baju T?? Seluar Track?? Takdela pulak.... Nak kena cari ni.. 

CekMan, nanti bawak ummi pi beli na..

Meh tonton Rock Oo!

Malam tadi bawak anak2 pegi tengok cite Rock Oo! kat GSC Alamanda.. Macam aku ngan cekMan layanla tengok cite ni, berdekah2 gelak mengalahkan kena sampuk dek langsiyo.. Tapi anak2 aku BLURRR jer.. Ade lak yang tanye, "cite ape ni ummi?", "nape ummi gelak?".. Adoooyaii.. camane nak explain tu?? 

Tapi cite ni layanla, cer gi tengok sendiri kat pawagam2 yang berdekatan dengan anda ok :) Dalam skala 5 bintang tu, aku bagila 5 bintang jugak. Arahan Mamat Khalid, korang paham2 la kan.. Walaupon kadang2 cite dia cam xlogik, tapi korang gelak macam nak terburai isi perut kan.. kan.. kan..?? Contohnye cite Man Laksa, Zombie Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Husin Mon dan Jin Pakai Toncit.. Lagi ape lagi?? Kite tengok je cite tu, xyah serabut2 otak pikir, kalo agak2 lawak kite gelak jer.. ape susah kan?? Yang pastinya aku ngan cekMan memang puas hati walaupon anak2 kitorang xpaham ape yang kitorang gelakkan... Hahahaha!! Gelak lagi.. Hahahahahahahaaha!!!!

Pada aku, jalan cerita Rock Oo! ni memang realitinya berlaku pada rocker zaman dolu. Memang banyak pahit maung dalam hidup diorang dalam mengejar impian diorang menjadi rocker sejati.. 

Xcaye bace artikel ni, aku copy paste kat harian metro.. hihi!!

Garapan terbaik 

“Jalan cerita sarat dengan komedi serta lakonan selamba setiap teraju utamanya adalah kekuatan cerita ini. Lebih menarik, Mamat Khalid berjaya menyuntik emosi dan rasa sedih melalui visualnya. Dia memang hebat!”

Demikian kata penyanyi kumpulan Wings dan pelakon, Awie ketika diminta mengulas mengenai filem Rock Oo! yang mula ditayangkan di seluruh negara semalam.

Awie yang ditemui di Malam Gala Rock Oo! di Petaling Jaya, Isnin lalu disifatkan Projektor sebagai individu paling layak untuk memberi pandangan terhadap filem ini. Suka dukanya sebagai penyanyi rock sebelum muncul bersama Wings dengan album sulung, Belenggu Irama pada 1987 sinonim dengan apa yang dipaparkan dalam Rock Oo!

Babak rambut anggota kumpulan Rimba Bara dipotong rambut seorang tokoh politik cukup sinonim dengan Awie. Ironinya, majlis memotong rambut Awie bersama Wings dan Search oleh Menteri Pertahanan ketika itu, Tan Sri Mohamed Rahmat (Allahyarham) yang disiarkan secara langsung oleh Selamat Pagi Malaysia pada 1992 sebagai simbolik mereka mematuhi peraturan kerajaan melarang penyanyi lelaki berambut panjang.

Rock Oo! yang juga kesinambungan kepada karya asalnya, Rock pada 2005 masih mengekalkan asas plot cerita, barisan pelakon dan genre yang sama, malah kali ini jauh lebih berbisa dengan menampilkan konflik dan kemelut berbeza.

Subjek dan tunjang ceritanya masih berlandaskan perjalanan yang berpaksi pada semangat, azam dan kesungguhan anak muda, Amy Mat Piah lakonan aktor berkaliber, Que Haidar dalam mengejar impiannya menjadi penyanyi rock terkenal.

Amy dibantu temannya, Jijo lakonan selamba Khir Rahman dan Slash Haji Tapah lakonan Pekin Ibrahim dari kampung mula membina tapak menjalani kehidupan di ibu kota.

Soffi Jikan yang menghidupkan watak Zul Kapan sebagai vokalis Malaikat Maut turut cemerlang mempamerkan lakonan bersahaja mewarnai perjalanan filem ini.




Awie menangis kerana Rock Oo!


Saya tidak malu mengatakan yang setiap babak dalam filem ini menyentuh jiwa hingga membuatkan saya menangis. Realitinya, Rock Oo! adalah biografi pahit maung dan perjalanan seorang anak muda yang ingin menjadi penyanyi rock. Itulah ceritanya dan jelas ia begitu dekat dengan diri saya sendiri.

Mamat berjaya melakukan pemerhatiannya dengan sempurna untuk menceritakan diari sekumpulan pemuda yang bersungguh menjalani kehidupan di ibu kota dengan berbekalkan gitar dan bakat. Ia begitu jelas dan realistik.

Jujurnya, setiap babak yang ditampilkan dengan penyampaian lakonan barisan teraju utamanya berjaya mengundang gelak tawa dan emosi kepada saya sebagai penonton.

Tidak dinafikan, pengalaman dan detik permulaan saya dulu ketika ingin mencari tapak sebagai penyanyi rock diterjemahkan dengan sempurna oleh Mamat dalam Rock Oo! 

Ia benar-benar membuatkan saya mengimbau semula segala kisah manis dan pahit ketika zaman 80-an itu.

Namun seperkara yang harus diberi pujian dan pemerhatian teliti adalah kreativiti Mamat selaku pengarah dan penulis skrip dalam membina sebuah plot cerita yang berkesan.

Imaginasi Mamat dalam menyusun plot cerita sangat hebat dan ideanya membina setiap satu watak dengan karektor tersendiri begitu ‘genius’.

Bayangkan, pembangunan wataknya lengkap bagi mewujudkan elemen komedi menerusi ekspresi wajah namun dalam masa yang sama, setiap terjemahan skrip dan gaya lakonan itu masih mampu membawa penonton untuk turut sama bersimpati dengan nasib Rimba Bara.

Semua ini membuatkan saya menangis dalam ketawa dan itulah kelebihan Mamat yang tidak ada pada pengarah lain. Saya memuji lakonan Khir yang sangat selamba dalam menghidupkan wataknya. Berada di antara pelakon lain yang turut hebat dan berkesan membawakan karektor masing-masing, Khir masih mampu menghidupkan watak Jijo dengan kemas sekali.

Sebagai pengarah dan pencipta lakon layar, Mamat berjaya menonjolkan kesemua watak utamanya dengan seimbang dan baik. Walaupun wujud empat karektor utama, namun setiap satunya punya kekuatan dan fungsi masing-masing tanpa perlu bersandar pada yang lain.

Babak mereka berdepan masalah seperti ‘dikapur’ promoter konsert, berselisih faham dan tidak punya wang hingga terpaksa berkongsi sebungkus mi segera adalah klasik dan punya sentimen istimewa kepada penonton yang pernah melalui zaman rocker itu.

Jujurnya, saya punya ramai kawan yang memegang impian sama dulu untuk menjadi anak seni sudah tiada lagi. Ada yang mengalah dan ramai juga menjadi mangsa dadah. Itulah nilai emosi dan pembangunan elemen realistik yang berjaya dicerminkan Mamat hingga menyentuh perhatian saya. Saya ketawa tidak henti menonton nasib dan gelagat Rimba Bara dan saya bersimpati dengan perjuangan mereka yang tidak pernah putus harap.

Rock Oo! adalah naskhah terbaik Mamat dan saya cukup terhibur menontonnya. Sudah tentu saya akan kembali menontonnya di panggung dan filem ini layak diberikan LIMA BINTANG.

Sebelum masuk panggung AinulAina bergambo dulu :)

-THE CROODS-

-BOLA KAMPUNG-


-ROCK OO!-

Arghhhh!! Takutnye.......

Bola Kampung The Movie bakal menemui penonton di GSC Alamanda pada 21 Mac 2013.. AinulAina yang paling xsaba sekali taw :)

Mane nisa?? Kamera enpon camnila hasilnye..huhu!!

Nisa cuba senyum cam watak ni.. Same tak??

Dalam panggung lak sempat lagi snap scene ni..

-ROCK OO!-

Khir Rahman - Jijo

Que Haidar - Amy Mat Piah

Pekin - Slash Haji Tapah

Soffi Jikan - Zul Kapan

Rimba Bara
Black ni sape yer?? As a drummer.. 
Sengau2 dia pon lawak gak. Haha!!


 
Sedihnye xcukup duit, sebungkus maggi kongsi 4 orang 
T_T

Mase ni sume dok tenung kentang sebijik rebus dalam periuk.. siannye..

Amy merajuk suara xsemerdu Zul Kapan.. huhu!!

Amy jadi Manager Rimba Bara :)

-RiMBa BaRa-

Lepas ni kite pi tengok Bola Kampung pulak yer anak-anak.. Kumpul wet dulu.. Hihi!!

Sekian :)

Isnin, 4 Mac 2013

Ayahku Sayang :)

Baru2 ni aku balik kampung. Siannye tengok ayah xsihat. Dengan demamnye, batuk lagi sampai berbunyi2 dada.. Kite yang mendengar pon dah tahu mesti susah nak nafas. Tambah2 mase dia tido, Koh!Koh! batuk sampai susah nak berenti, lepas tu mencungap nak cari nafas.. alahai sian sangat. Tapi style ayah aku ni memang susah sangat nak gi klinik. Sanggup dia telan ubat kat kedai tu lagi.. Takut ke ape ke aku pon xpasti. So, aku ambik pendekatan 'memujuk' sampai dia sendiri setuju. Mula2 tu macam2 alasan dia bagi, tapi aku pujuk punye pujuk dan akhirnya misi aku berjaya :)

Malam sabtu tu lepas isyak aku ngan cekMan bawak ayah pegi klinik rakyat kat kerayong.. Klinik turun temurun dari kitorang adik beradik kecik lagi tu.. hehe!! Kan betul kena sedut nebulizer..

Inilah ayah kesayanganku :)

Sempat lagi peluk cucu

"Lenguh ngat aih.."

Lorrr... budak ni kan memang taw. Nak taw dia buat ape??

Oooo.. tokwan sedut gas kat atas, yang dia ni melepaskan gas dan isi2nye di bawah.. Sabo je la kakak..

Selesai dah sume, ayah kena jumpe doktor.. Doktor pon tanye la "camane pakcik rase lepas sedut gas tadi".. Ayah kate "rase lapang la sikit dari tadi".. Alhamdulillah, kan dah kate kena gi klinik. Ayah aku ni kan smoking, leh lak tanye doktor "camane nak berenti yer??". Doktor tu senyum jer dan jawab "Mase bulan puasa pakcik buat camane?" Ayah aku pon sengih2.. Ayah... ayah... 

Sebenarnye sebelum ni  ayah aku pernah stop xmerokok langsung selama lebih setahun taw.. Tapi mase tu badan dia naik bagai di pam pam. Mane tak, makan selera sungguh. Mase tu memang baju sume ketat, nak butang pon xboleh. Jalan pon mengah2.. Payah jugak sebab takut penyakit lain pulak yang datang. Tu yang dia start hisap balik tu, dari sepuntung sehari naik 2 puntung, lepas tu berpuntung-puntung.. La ni batuk pulak dah.. Aku tengok lepas kena sedut neb tu ayah aku x hisap rokok dah. Ayat dia xboleh blah "Mek, arini ayah berjaya x hisap rokok langsung.." Kening naik2 macam ziana zain.. Aku pon bagila sokongan, "Kan bagus camtu, esok pon ayah jangan isap dah taw, berenti terus lagi bagus".. Ayat memang buat dia bangga la.. Aku tengok muke dia blur. Mesti otak dia ligat pikir boleh ke tak tu. Chaiyok2 ayah, ayah mesti dan pasti boleh punye. 

Aku sayang sangat ayah aku.. Ya Allah, Kau berikanlah kesihatan yang baik kepada kedua ibu bapaku Ya Allah. Amin..

Sekian :)

Welcome to our family :)

Aritu encik zain wakil perodua tu cakap my wira akan ditempatkan di kedai use car Bahau. Ok.. semoga kau berbahagia cayang :) Ingat kenangan kita taw. Macam cakap ngan orang je aku ni kan.. Agak2 dia paham ker?? Huhu!!

Gambar terakhir sebelum kita berpisah T_T

CekMan control tu, padahal dalam hati Tuhan je taw.. Sedih sangat T_T

Aku demam taw mase ni, tonsil bengkak.. mungkin sebab nak berpisah kot.. sob!sob!

Xnak dah cedih cedih ok.. Dengan ini selamat datang diucapkan kepada keluarga baru yang akan menyambung tugasan my wira selepas ini. Jangan nakal2 hokay!!

Welcome to our family..



Ni jela yang termampu. Syukur alhamdulillah.. Lepas ni bermula la tugas ko ye, bawak kitorang secara berhemah ok (bukan ayat ni kena cakap kat pemandu ker?? hahaha!!).. Apepon memang tujuan utamanya adalah nak guna untuk cari rezeki, hantar ambik anak sekolah, nak balik kampung dan segalanya adalah untuk tujuan yang MURNI.. So, same2 kite give n take ok :) 

Sekian..