Kebahagiaan Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Selasa, 26 Mac 2013

Aiman demam :(


Minggu ni cuti sekolah seminggu.. Jumaat tu aiman kemain suke lagi sebab dia tau start esok dia xyah pegi sekolah. Amboi.. kemain lagi yeak :)

Tup tup pagi sabtu (23/3/2013) badan aiman panas jer. Aiman ni budaknya aktif, tapi hari tu sepanjang masa dia baring je, susu xnak, makan xnak.. Mendadak selera dia hilang.. Xde dah dengar dia mintak nasi telur @ mee goreng kegemaran dia selalu. Demam pulak anak ummi ni.. Budak2 lain seronok cuti sekolah, aiman pulak demam yer.. Sian anak ummi.. Xpe, bersangka baik dengan Allah, Allah bagi sakit sebab Allah sayang kite ye nak :)

Kat rumah memang dah standby ubat demam. Jadi ummi bagi je aiman makan ubat tu. Bila bagi makan, dia muntah, terpaksalah ummi amik alternatif lain masukkan ubat punggung pulak. Walaupun dah bagi ubat, suhu panas badan aiman x jugak turun2. Risau kami.. 


Hari isnin ummi cuti jaga aiman, ummi bawak aiman ke klinik dan memandangkan demam aiman dah masuk hari ke-3, aiman kena pegi makmal ambik darah dulu. Masuk bilik doktor, doktor cakap platlet darah aiman turun tapi xbanyak. Takut denggi katenye.. Risau jugak sebab kawasan kuarters kami memang kawasan wabak sekarang ni.. Doktor bagi ubat dan bagi appoinment untuk ambik darah semula hari esok (rabu). Harap2 keputusannya demam biasa je la..

Arini ayah pulak cuti jaga aiman. Malam tadi sampaila saat ni ummi telefon ayah tadi, badan aiman masih panas lagi. Baring jer.. Ummi ngan ayah risau sangat. Aiman ni walaupun pendiam, tapi aktif sangat. Suka benar menyakat adik2, xsah kalo xnangis.. Tapi macam tu pun dia sayang adik2 dia. Nama pon adik beradik kan.. Rindu pulak dengan keletah dia 4 hari ni.. Hai anak ummi, lekaslah sihat yer.. 

Esok kita pegi klinik taw.. Harap2 keputusan darah aiman baik2 jer.. 

Sayang Aiman :)











Tiada ulasan:

Catat Ulasan