Kebahagiaan Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Selasa, 12 Mac 2013

Meh tonton Rock Oo!

Malam tadi bawak anak2 pegi tengok cite Rock Oo! kat GSC Alamanda.. Macam aku ngan cekMan layanla tengok cite ni, berdekah2 gelak mengalahkan kena sampuk dek langsiyo.. Tapi anak2 aku BLURRR jer.. Ade lak yang tanye, "cite ape ni ummi?", "nape ummi gelak?".. Adoooyaii.. camane nak explain tu?? 

Tapi cite ni layanla, cer gi tengok sendiri kat pawagam2 yang berdekatan dengan anda ok :) Dalam skala 5 bintang tu, aku bagila 5 bintang jugak. Arahan Mamat Khalid, korang paham2 la kan.. Walaupon kadang2 cite dia cam xlogik, tapi korang gelak macam nak terburai isi perut kan.. kan.. kan..?? Contohnye cite Man Laksa, Zombie Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Husin Mon dan Jin Pakai Toncit.. Lagi ape lagi?? Kite tengok je cite tu, xyah serabut2 otak pikir, kalo agak2 lawak kite gelak jer.. ape susah kan?? Yang pastinya aku ngan cekMan memang puas hati walaupon anak2 kitorang xpaham ape yang kitorang gelakkan... Hahahaha!! Gelak lagi.. Hahahahahahahaaha!!!!

Pada aku, jalan cerita Rock Oo! ni memang realitinya berlaku pada rocker zaman dolu. Memang banyak pahit maung dalam hidup diorang dalam mengejar impian diorang menjadi rocker sejati.. 

Xcaye bace artikel ni, aku copy paste kat harian metro.. hihi!!

Garapan terbaik 

“Jalan cerita sarat dengan komedi serta lakonan selamba setiap teraju utamanya adalah kekuatan cerita ini. Lebih menarik, Mamat Khalid berjaya menyuntik emosi dan rasa sedih melalui visualnya. Dia memang hebat!”

Demikian kata penyanyi kumpulan Wings dan pelakon, Awie ketika diminta mengulas mengenai filem Rock Oo! yang mula ditayangkan di seluruh negara semalam.

Awie yang ditemui di Malam Gala Rock Oo! di Petaling Jaya, Isnin lalu disifatkan Projektor sebagai individu paling layak untuk memberi pandangan terhadap filem ini. Suka dukanya sebagai penyanyi rock sebelum muncul bersama Wings dengan album sulung, Belenggu Irama pada 1987 sinonim dengan apa yang dipaparkan dalam Rock Oo!

Babak rambut anggota kumpulan Rimba Bara dipotong rambut seorang tokoh politik cukup sinonim dengan Awie. Ironinya, majlis memotong rambut Awie bersama Wings dan Search oleh Menteri Pertahanan ketika itu, Tan Sri Mohamed Rahmat (Allahyarham) yang disiarkan secara langsung oleh Selamat Pagi Malaysia pada 1992 sebagai simbolik mereka mematuhi peraturan kerajaan melarang penyanyi lelaki berambut panjang.

Rock Oo! yang juga kesinambungan kepada karya asalnya, Rock pada 2005 masih mengekalkan asas plot cerita, barisan pelakon dan genre yang sama, malah kali ini jauh lebih berbisa dengan menampilkan konflik dan kemelut berbeza.

Subjek dan tunjang ceritanya masih berlandaskan perjalanan yang berpaksi pada semangat, azam dan kesungguhan anak muda, Amy Mat Piah lakonan aktor berkaliber, Que Haidar dalam mengejar impiannya menjadi penyanyi rock terkenal.

Amy dibantu temannya, Jijo lakonan selamba Khir Rahman dan Slash Haji Tapah lakonan Pekin Ibrahim dari kampung mula membina tapak menjalani kehidupan di ibu kota.

Soffi Jikan yang menghidupkan watak Zul Kapan sebagai vokalis Malaikat Maut turut cemerlang mempamerkan lakonan bersahaja mewarnai perjalanan filem ini.




Awie menangis kerana Rock Oo!


Saya tidak malu mengatakan yang setiap babak dalam filem ini menyentuh jiwa hingga membuatkan saya menangis. Realitinya, Rock Oo! adalah biografi pahit maung dan perjalanan seorang anak muda yang ingin menjadi penyanyi rock. Itulah ceritanya dan jelas ia begitu dekat dengan diri saya sendiri.

Mamat berjaya melakukan pemerhatiannya dengan sempurna untuk menceritakan diari sekumpulan pemuda yang bersungguh menjalani kehidupan di ibu kota dengan berbekalkan gitar dan bakat. Ia begitu jelas dan realistik.

Jujurnya, setiap babak yang ditampilkan dengan penyampaian lakonan barisan teraju utamanya berjaya mengundang gelak tawa dan emosi kepada saya sebagai penonton.

Tidak dinafikan, pengalaman dan detik permulaan saya dulu ketika ingin mencari tapak sebagai penyanyi rock diterjemahkan dengan sempurna oleh Mamat dalam Rock Oo! 

Ia benar-benar membuatkan saya mengimbau semula segala kisah manis dan pahit ketika zaman 80-an itu.

Namun seperkara yang harus diberi pujian dan pemerhatian teliti adalah kreativiti Mamat selaku pengarah dan penulis skrip dalam membina sebuah plot cerita yang berkesan.

Imaginasi Mamat dalam menyusun plot cerita sangat hebat dan ideanya membina setiap satu watak dengan karektor tersendiri begitu ‘genius’.

Bayangkan, pembangunan wataknya lengkap bagi mewujudkan elemen komedi menerusi ekspresi wajah namun dalam masa yang sama, setiap terjemahan skrip dan gaya lakonan itu masih mampu membawa penonton untuk turut sama bersimpati dengan nasib Rimba Bara.

Semua ini membuatkan saya menangis dalam ketawa dan itulah kelebihan Mamat yang tidak ada pada pengarah lain. Saya memuji lakonan Khir yang sangat selamba dalam menghidupkan wataknya. Berada di antara pelakon lain yang turut hebat dan berkesan membawakan karektor masing-masing, Khir masih mampu menghidupkan watak Jijo dengan kemas sekali.

Sebagai pengarah dan pencipta lakon layar, Mamat berjaya menonjolkan kesemua watak utamanya dengan seimbang dan baik. Walaupun wujud empat karektor utama, namun setiap satunya punya kekuatan dan fungsi masing-masing tanpa perlu bersandar pada yang lain.

Babak mereka berdepan masalah seperti ‘dikapur’ promoter konsert, berselisih faham dan tidak punya wang hingga terpaksa berkongsi sebungkus mi segera adalah klasik dan punya sentimen istimewa kepada penonton yang pernah melalui zaman rocker itu.

Jujurnya, saya punya ramai kawan yang memegang impian sama dulu untuk menjadi anak seni sudah tiada lagi. Ada yang mengalah dan ramai juga menjadi mangsa dadah. Itulah nilai emosi dan pembangunan elemen realistik yang berjaya dicerminkan Mamat hingga menyentuh perhatian saya. Saya ketawa tidak henti menonton nasib dan gelagat Rimba Bara dan saya bersimpati dengan perjuangan mereka yang tidak pernah putus harap.

Rock Oo! adalah naskhah terbaik Mamat dan saya cukup terhibur menontonnya. Sudah tentu saya akan kembali menontonnya di panggung dan filem ini layak diberikan LIMA BINTANG.

Sebelum masuk panggung AinulAina bergambo dulu :)

-THE CROODS-

-BOLA KAMPUNG-


-ROCK OO!-

Arghhhh!! Takutnye.......

Bola Kampung The Movie bakal menemui penonton di GSC Alamanda pada 21 Mac 2013.. AinulAina yang paling xsaba sekali taw :)

Mane nisa?? Kamera enpon camnila hasilnye..huhu!!

Nisa cuba senyum cam watak ni.. Same tak??

Dalam panggung lak sempat lagi snap scene ni..

-ROCK OO!-

Khir Rahman - Jijo

Que Haidar - Amy Mat Piah

Pekin - Slash Haji Tapah

Soffi Jikan - Zul Kapan

Rimba Bara
Black ni sape yer?? As a drummer.. 
Sengau2 dia pon lawak gak. Haha!!


 
Sedihnye xcukup duit, sebungkus maggi kongsi 4 orang 
T_T

Mase ni sume dok tenung kentang sebijik rebus dalam periuk.. siannye..

Amy merajuk suara xsemerdu Zul Kapan.. huhu!!

Amy jadi Manager Rimba Bara :)

-RiMBa BaRa-

Lepas ni kite pi tengok Bola Kampung pulak yer anak-anak.. Kumpul wet dulu.. Hihi!!

Sekian :)

2 ulasan:

  1. ler..ingatkan tgk citer Jack gergasi tu bawak anak2..kalu citer Rock Ooo tu mmg mak dan bapaknya le yang layan..hahaha

    BalasPadam
  2. Pa n Ma 1st..
    Cite Jack tu lain hari yer anak2..hahahaha!!

    BalasPadam