SUASANA sedih terpancar diraut wajah Siti Norzana Nordi, 12 ketika melihat pasukan Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO meninggalkannya di Lampong, Indonesia, selepas bapa angkatnya tidak membenarkan kanak-kanak rakyat Malaysia itu pulang ke pangkuan bapanya di Johor. - Foto Effendy Rashid
Misi satukan mangsa dengan bapa, tiga adik tak berhasil
Lampung, Indonesia: Kanak-kanak perempuan Malaysia, Siti Norzana Kanak-kanak perempuan Malaysia, Siti Norzana Nordi yang terkandas di Mesuji, Indonesia, dipercayai sudah dijual kepada pihak ketiga sehingga menggagalkan usaha membawanya pulang.
Ini berdasarkan keterangan berbeza ibu tirinya, Kasini Chaslam, 25, ketika ditemui wakil Biro Aduan komuniti Pemuda UMNO Malaysia dan BH semasa membawa pulang tiga adik Siti Norzana, 12 pada 30 Jun lalu. Ketika itu, Kasini mendakwa Norzana diserahkan kepada saudaranya sejak Ogos tahun lalu namun pihak ketiga yang ditemui di sini kelmarin memaklumkan mereka mendapat hak ke atas kanak-kanak berkenaaan sejak Jun 2010.
Ketua Operasi Misi Mengesan dan Membawa Pulang Siti Norzana yang juga Penolong Pengarah Biro itu, Khairul Anuar Ahmad berkata pihaknya yakin kanak-kanak berkenaan dijual dan dijadikan orang suruhan kepada keluarga yang menjaganya sekarang. Bermacam-macam perkara yang meragukan timbul apabila nama ibu angkat Siti Norzana yang juga adik kepada ayah Kasini mempunyai bin dan binti yang berlainan nama.
“Kasini juga menyatakan kanak-kanak itu hanya ditempatkan sementara semasa musim cuti namun dia didapati tinggal kekal bersama mereka dan enggan melepaskannya,” katanya selepas mengadakan rundingan terakhir dalam usaha memujuk untuk membawa pulang Siti Norzana, semalam.
P/S : Beringatlah suami2 di Malaysia yg kemaruk nak berbinikan pompuan Indon.. Kesian kat anak2 yang xbersalah jadi mangsa keadaan disebabkan korang.. Apela nasib budak ni skang kat sane agaknye??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan