Dalam kereta, on the way nak balik ofis selepas waktu rehat tengahari tadi, saya dikejutkan oleh 1 mesej dari seorang kawan berbunyi..
"Innalillahiwainnailaihirajiun.. acik epen dah xde;("
Ya Allah! Macam xpercaya sebab sebelum ni nampak cik ipin sihat jer.. Tiba2 dapat berita dia kena strok dan dimasukkan ke Hospital Serdang. Sempatlah saya dan kawan2 melawat dia di hospital pada hari Isnin (2/7/2012). Keadaan dia dikala itu memang terlantar di atas katil, makan pun ikut tiub, matanya terpejam jer, dan nafasnya turun naik laju, sedihnya.. Sahabat handai termasuk Ketua Jabatan silih berganti melawat cik ipin. Kami semua berdoa agar cik ipin dapat sihat semula.
Namun, Allah lebih menyayanginya.. Cik Ipin telah dijemput Ilahi pada hari ini, Jumaat (6/7/2012) jam 2.20petang, Hospital Serdang. Marilah kita bersama-sama sedekahkan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham Arifpin bin Hashim, semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.
Insan yang saya gelar cik ipin ni adalah Encik Arifpin bin Hashim, seorang pemandu kenderaan jabatan di tempat saya bekerja. Dia memang seorang happy go lucky. Ada je lawak yg boleh buatkan kita ketawa. Tapi sekarang Cik Ipin dah xde lagi. ;(
Tiada ulasan:
Catat Ulasan