Kebahagiaan Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Isnin, 23 Julai 2012

Sup Ayam Enoki dan Sambal Kicap

Sempena Ramadhan ni macam2 makanan kita nak makan kan! Almaklumlah puasala katekan.. Mase ni la nak masak macam2 padahal xdela terer mane pon.. Masak main hentam kromo jer.. Ape yang ada kat dapur ngan dalam peti sume saye bedal janji leh makan isi perut yg kosong sepanjang siang hari ni. Bak kate orang2 tua, sedap makan banyak, xsedap jamah sikit pon jadilah.. Jangan banyak bunyi yer! Makan je.. Hehehe!! 

So, teringin la pulak nak kongsi resepi ngan kawan2 semua. Walaupun saya xdela sampai tahap masterchef main hias2 bagai, tapi nak kongsi jugak..Terimalah resepi pertama dari ummiainulaina untuk tatapan dan cubaan umum..zassss!!!!

SUP AYAM ENOKI


Bahan-bahan :-
  • Ayam - 1/2 ekor
  • Cendawan Enoki
  • Ubi kentang - 3 biji (Belah 4)
  • Suhun (Direndam)
  • Bawang kecil - 2 biji (Hiris) 
  • Bawang putih - 2 Ulas (Hiris)
  • Halia - 1/2 cm (Hiris)
  • Rempah sup - 2 Sudu
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Air
  • Minyak masak
  • Garam
Cara ummi memasak :)
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang kecil, bawang putih dan halia hingga kekuningan dan naik   bau.
  • Kemudian masukkan air, rempah sup, ayam dan ubi kentang hingga mendidih dan ayam empuk.
  • Masukkan cendawan enoki, suhun, daun bawang dan daun sup. 
  • Perasakan dengan garam ikut kesesuaian masing2.
  • Sedia untuk dihidangkan dan enak dimakan dengan Sambal Kicap seperti resepi dibawah :)

SAMBAL KICAP




Bahan-bahan :-
  • Cili api - 7 tangkai
  • Bawang putih - 3 ulas
  • Bawang kecil - 2 ulas
  • Gula - 1 sudu
  • Garam - 1/2 sudu kecil
  • Air - 1/4 cawan
  • Kicap - 1/4 cawan
Cara ummi memasak :)
  • Cili api, bawang putih dan bawang kecil disangai di atas api yang kecil hingga naik bau. Tutup api.
  • Masukkan kesemua bahan sangai, air, kicap, gula dan garam ke dalam blender dan kisar hingga hancur.
  • Sedia untuk dimakan dengan Sup Ayam Enoki :)
  • Sambal kicap selebihnya bolehlah disimpan di dalam peti sejuk untuk lebih tahan lama.
Jeng! Jeng! Jeng!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan