Kebahagiaan Kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Jumaat, 17 Ogos 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012

Hmm.. Start malam tadi parking kat umah dah banyak 'rompong2'.. Pastu onDEway nak gi opiz pagi tadi pon memang jalan lengang ya amat.. same gak masuk je opiz, suasana senyap sunyi dan tempat duduk pon dah banyak 'rompong2' gak.. Mesti dah ramai balik kampung ni, especially oghe kelate teganu kite..

Saye lak arini baru last day keje, pastu amik cuti 3 hari dapatlah seminggu cuti raya next week. 1st destination raye tahun ni saye sefamily sambut kat Putrajaya dulu, sebab my MIL ade kat sini. Petang 1st raye tu baru cabut balik umah my family kat Pahang. InsyaAllah xde ape aral melintang, malam raye ke-3 tu pulak kami nak gerak balik Kedah. Termasukla my MIL, dia akan bertolak balik Kedah dari Putrajaya dengan adik2 cekMan. Pastu, kami akan bertandang di rumah pak sedare cekMan di Padang Lumat coz dia buat kenduri sambut menantu pada raya ke-5 nanti.. 

Selain tu, perkara pertama yang kami nak buat kat sane nanti ialah nak ziarah pusara arwah ayah mertua yang dijemput Ilahi pada puasa ke-7 tahun lepas. Maknanya tahun ni adalah tahun ke-2 kami beraya tanpa ayah disisi ;( Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ayah. Semoga rohnya tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beramal soleh. Amin.

Terpikir gak camanela suasana raye kat Putrajaya ni yer?? Best ker? Meriah ker? Kalau kat kampung tu rase gak suasana raye sebab kita bolehla tengok banyak pelita dipasang kat laman2 rumah, budak2 seronok main bunga api sane sini dan yg memang kita akan tengok ramai budak2 datang kutip duit raye dari satu rumah ke satu rumah.. Kat sini ade ke camtu? Ape2 jela, yg penting raya kali ni dapatlah makTok beraya dengan semua anak2 dan cucu2nya.. 

Cerkire, 1,2,3.. Eh! 1,2.. Ha'ahla! 2 hari je lagi dah nak sambut 1 Syawal kan?? Disempena hari baik, bulan baik ni, saye ingin mengucapkan :-

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Sekian..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan